Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama PLUS dilaporkan berjalan lancar setakat 12 tengah hari tadi.

Hasil tinjauan udara Astro AWANI bersama PLUS sempena cuti Tahun Baru Cina, hanya berlaku kesesakan sedikit di kawasan Tanjung Malim dan Slim River menuju ke utara.

Pengguna lebuh raya juga disaran mengikut nasihat perjalanan yang dikeluarkan PLUS.

Ia disebabkan oleh pengurangan jumlah laluan daripada empat lorong kepada dua lorong (bottle neck).

Malah, jumlah kenderaan juga dilihat semakin berkurangan berbanding semalam.

Selain itu, pengguna lebuh raya juga dilihat mengikut nasihat perjalanan yang dikeluarkan PLUS.

Kepada pengguna yang ingin mendapatkan maklumat terkini trafik di lebuh raya utama PLUS, layari Twitter @plustrafik untuk perkembangan dari semasa ke semasa.