Sebanyak 327 saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal dan pemandu kereta pada Op Tutup yang dijalankan di beberapa lokasi bagi mengekang kegiatan samseng jalanan dan lumba haram di ibu negara, malam tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Supt Ahmad Adnan Basri berkata operasi khas bersepadu itu dijalankan dengan kekuatan 100 pegawai dan anggota JSPT Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
"Sebanyak 970 motosikal dan 138 kenderaan lain telah diperiksa dalam operasi itu yang bermula 10 malam dan berakhir pada 1 pagi," katanya kepada pemberita selepas menyertai Op Tutup di Jalan Raja Laut di sini.
Beliau yang mengetuai operasi itu, berkata tiga tangkapan turut dibuat atas kesalahan dadah dan alkohol.
Selain itu, Ahmad Adnan berkata pihaknya juga menahan seorang lelaki yang membawa tiga wanita Thailand di dalam kereta yang dipandunya.
"Siasatan lanjut dan ujian urin akan dijalankan ke atas lelaki terbabit manakala tiga wanita Thailand itu dibawa ke IPD Dang Wangi untuk didokumentasi dan semakan," katanya.
Ahmad Adnan berkata operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan tidak sihat oleh kumpulan 'mat motor' seperti berlumba sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain dan mengganggu ketenteraman awam.
Beliau berkata tumpuan adalah di kawasan Dataran Merdeka, Jalan Bukit Aman dan Jalan Raja Laut yang dikenal pasti sebagai lokasi panas kumpulan berkenaan terutamanya pada hujung minggu.
"Mereka semakin ghairah melakukan aksi berbahaya sekiranya ramai penonton pada sekitar 11 malam sehingga awal pagi. Operasi ini bagi mengekang kegiatan lumba haram daripada terus berleluasa di ibu negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2017
Sebanyak 970 motosikal dan 138 kenderaan lain telah diperiksa dalam operasi itu yang bermula 10 malam dan berakhir pada 1 pagi. - Astro AWANI
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
Maklumat statistik kes kemalangan secara harian disiar secara 'real time'
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan menyiarkan maklumat statistik jumlah kes kemalangan jalan raya dan kematian secara harian.
Op Selamat 21: 14 kematian direkodkan semalam
Sebanyak 14 kematian direkodkan pada hari keempat Op Selamat 21 semalam sempena Tahun Baru Cina 2024 yang dilaksanakan di seluruh negara.
Op Selamat 21: 44 kemalangan maut dalam tempoh tiga hari
Sebanyak 4,764 kes kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara dalam tempoh tiga hari Op Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.
10 lelaki tunggang motosikal secara berbahaya ditahan
JSPT menahan 10 penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban (PLUS) dan Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS).
'Datang KL untuk 'test' motosikal'
Seorang mekanik sanggup datang ke ibu negara dari Puchong, Selangor bersendirian untuk menguji kelajuan motosikal yang diubah suai.
Saman kesalahan lalu lintas paling tinggi - JSPT
Polis mengeluarkan 6,638 saman selain 11 tangkapan menerusi Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya fasa dua di ibu negara pada hari ke-12, pada Selasa.
Lebih RM302.4 juta bayaran saman dikutip dalam tempoh lapan bulan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM302,433,000 dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas melibatkan 1,913,840 saman.
Tujuh ditahan tunggang motosikal ala Superman
Kesemua motosikal jenis Yamaha 125ZR, Yamaha Y15ZR, Yamaha 135LC dan Yamaha Lagenda 115Z FI telah dirampas untuk tindakan lanjut.
Op Selamat: 187 nahas jalan raya, 3 kematian direkod di Terengganu
Setakat ini, daerah Kuala Terengganu merekodkan jumlah kemalangan tertinggi dengan 52 kes, diikuti Kemaman 48 kes, Dungun 23 kes, dan Besut 21 kes.
82 kemalangan maut seluruh negara dalam 6 hari, Selangor kes tertinggi
Sebanyak 82 kemalangan maut direkodkan dalam tempoh enam hari Op Selamat 16 sempena perayaan Tahun Baharu Cina sejak 18 hingga 23 Januari lalu.