Pihak polis menjangkakan bakal berlaku peningkatan jumlah trafik yang tinggi pada 3 Jun ini, iaitu dua hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Bagaimanapun, Pegawai Operasi dan Penguatkuasaan Zon Timur 1 (Kuala Lumpur - Lanchang), Inspektor Nik Azwan Sidi Ahmad berkata peningkatan jumlah kenderaan telah dapat dilihat sejak malam semalam (31 Mei).
“Menerusi pemerhatian, ini (Sabtu dan Ahad) merupakan masa yang sesuai untuk pulang ke Pantai Timur dengan lebih awal. Jika dilihat, lalu lintas masih lancar,” katanya yang turut serta dalam operasi pemantauan bersama Astro AWANI sekitar jam 4 petang tadi (Sabtu).
Menerusi pemantauan itu, trafik dilihat masih lancar walaupun jumlah kenderaan yang melalui Tol Gombak menghala ke Pantai Timur semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Selain itu, katanya beberapa kawasan dijangka berlaku kesesakan atau kenderaan bergerak perlahan terutama di sebelah malam.
“Antara Kuala Lumpur ke Lanchang, kawasan yang didapati akan berlaku kesesakan pada musim perayaan ini adalah sekitar kawasan mendaki itu KM30-KM34, susur masuk bandar Bentong, iaitu kenderaan yang akan balik ke Kelantan sekitar berhampiran kawasan-kawasan rehat dan rawat (R&R) bermula daripada Karak sehingga ke Tol Jabor,” ujarnya.
Jelasnya, bagi kenderaan dari Pantai Timur ke barat pula dijangka akan berlaku peningkatan jumlah trafik pada 8 dan 9 Jun dengan anggaran sekitar 1 juta kenderaan memasuki semula Kuala Lumpur.
Justeru, beliau menasihati semua pemandu dan pengguna lebuh raya untuk sentiasa mengawasi jarak selamat, memeriksa kenderaan dan rancang perjalanan sebelum ke destinasi masing-masing.
"Bermula tengah malam semalam, dari 31 hari bulan sehingga sekarang, pertambahan kenderaan memang banyak. Menerusi pemerhatian, ini langkah sesuai kepada pemandu untuk balik kampung lebih awal.
"Kalau kita lihat lalu lintas masih lancar. Di Bentong, kawalan lalu lintas turut dilakukan IPD Bentong.
"Untuk di kawasan sepanjang KL-Lanchang, kawasan yang didapati sesak musim perayaan ini adalah di kawasan KM30-34, susur masuk ke bandar Bentong sesak untuk balik ke Kelantan. Lain-lain sepanjang R&R bermula Lebuhraya Karak ke Tol Jabor.
"Kita jangkakan pada 3 haribulan nanti, dua hari sebelum perayaan. Memang kenderaan dari arah barat ke Kuala Lumpur ke Pantai Timur.
"Pada 8 hingga 9 hari bulan, kenderaan akan pulang semula ke ibu kota. Kita jangka lebih 1 juta kenderaan akan keluar dari Kuala Lumpur," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Jun 01 2019
Polis menjangkakan bakal berlaku peningkatan jumlah trafik yang tinggi pada 3 Jun ini, iaitu dua hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. -Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Trafik LPT lancar, balik Pantai Timur sebelum 3 Jun - Polis
Trafik dilihat masih lancar walaupun jumlah kenderaan yang melalui Tol Gombak menghala ke Pantai Timur semakin bertambah dari semasa ke semasa.