KUCHING : Mangsa keempat tragedi kapal muatan pasir yang terbalik dan karam di Batang Igan, berhampiran Kampung Bungan Kecil, Mukah telah ditemukan hari ini.

Mangsa merupakan warga tempatan dikenali sebagai Ting Ling, 23 tahun itu ditemukan terapung oleh anggota penyelamat pada jam 2.26 petang iaitu sejauh lima meter dari Pos Kawalan Bomba di Jeti Bungan Kecil.

Komander Operasi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro, Mohd Nor Abdullah berkata pihaknya masih meneruskan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kelima dan terakhir ketika ini.

“Gerakan SAR seorang mangsa lelaki, warganegara Indonesia, berusia 20an yang hilang masih diteruskan.

“Anggota BBP Daro perlu menempuhi perjalanan sejauh 178 kilometer daripada balai untuk ke lokasi kejadian yang juga dibantu oleh pihak polis serta kakitangan Lembaga Sungai Sarawak (LSS),” katanya pada Isnin.

Kapal Karam | Mangsa keempat ditemukan, SAR diteruskan


Berdasarkan maklumat awal, sekitar jam 4.20 pagi pada Ahad, Balai Polis Sungai Merah di Sibu telah menerima maklumat awam memaklumkan terdapat sebuah kapal yang didaftarkan dengan nama Yu Lee tenggelam di Kampung Bungan Kecil.

Ketika kejadian, pelapor yang identitinya dikenal pasti sebagai Aping Sidu telah berjaya menyelamatkan dua daripada empat mangsa, yang merupakan pekerja kapal terbabit.

Terkini tiga mangsa tempatan telah disahkan selamat dikenali sebagai Lee Sia Kong, Ngu Soon Hock, dan Mohd Taufik, masing-masing berusia antara 40 hingga 50 tahun merupakan pekerja kapal berkenaan.

Ketika ini gerakan mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan dan akan disambung esok dalam SAR yang memasuki hari ketiga itu.

[TERKINI] Kapal muatan pasir karam, dua pekerja dikhuatiri lemas