Kerajaan akan memberikan bantuan secepat mungkin kepada jemaah Malaysia yang mengalami kecederaan dalam kejadian kren tumbang di kawasan Masjidilharam, Makkah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya difahamkan setakat ini 65 orang terkorban di Mekah. Al-Fatihah. Ada beberapa jemaah Malaysia cedera, bantuan akan diberi secepat mungkin," katanya dalam Twitternya pada pagi Sabtu.





Kejadian dipercayai berlaku semasa hujan lebat kira-kira 5 petang, waktu tempatan, ketika umat Islam selesai menunaikan solat Asar.

Wartawan Bernama yang membuat liputan haji menerusi program Tabung Haji(TH) berkata kejadian hujan lebat itu dipercayai kali keempat berlaku dalam tempoh sebulan.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, angka korban terbaru insiden itu meningkat kepada sekurang-kurangnya 87 manakala 184 yang lain cedera.