Tragedi malang pesawat MH370 Malaysia Airlines dan kes penculikan khususnya di Sabah yang melibatkan warganegara China tidak menjejaskan kedatangan pelancong negara Tembok Besar itu ke negara ini.
Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Datuk Siow Chen Pin berkata ini dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah kedatangan pelancong dari China yang merekodkan seramai 1.68 juta orang pada 2015, iaitu peningkatan empat peratus berbanding jumlah kedatangan pada 2014.
Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun lepas, jumlah kedatangan yang direkodkan adalah sebanyak 1.75 juta pelancong, katanya kepada pemberita pada majlis perasmian program FAM Trip Media Antarabangsa yang disertai 19 wakil media dari China.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Razi Kail.
Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju Beijing pada pagi 8 Mac 2014.
Pesawat itu belum dijumpai walaupun gerakan mencari secara besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi, kawasan ia dipercayai mengakhiri penerbangannya setelah melencong daripada laluan asal.
Mengulas lanjut, Siow berkata pihaknya telah meluluskan sejumlah 200,000 permohonan visa ke Malaysia dari wilayah Yunnan pada tahun lepas dan menyasarkan sejumlah 300,000 permohonan pada tahun ini.
Beliau berkata bagi meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong ke negara ini, selain menggunakan penerbangan AirAsia, rakyat China juga boleh menggunakan pesawat Lucky Air yang melakukan penerbangan dengan kekerapan empat kali seminggu dari Kunming ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Sementara itu, Mohamad Razi berkata Negeri Sembilan menyasarkan kehadiran sejumlah 8 juta pelancong pada tahun ini berbanding 7 juta pada tahun lepas.
"Di Port Dickson, misalnya, kita mempunyai 16,000 bilik yang mampu menampung kedatangan pelancong ke pusat peranginan ini yang mempunyai pantai yang cantik sepanjang 13 kilometer dan kita menyediakan prasarana yang terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2017
Tragedi malang pesawat MH370 Malaysia Airlines dan kes penculikan khususnya di Sabah tidak menjejaskan kemasukan pelancong China. - Gambar fail
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Tragedi MH370 tidak jejas kedatangan pelancong China ke Malaysia - Konsul Jeneral
Tragedi malang pesawat MH370 Malaysia Airlines dan kes penculikan khususnya di Sabah yang melibatkan warganegara China tidak menjejaskan kedatangan pelancong negara Tembok Besar itu ke negara ini.