Mayat lelaki yang dijumpai di Sungai Kandis di sini pada Isnin lepas disahkan mayat Amir Hamzah Mohd Rozali, pelajar yang dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai ketika membantu mangsa kemalangan di Km14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru, minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharuddin Mat Taib berkata pengesahan itu berdasarkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan oleh Hospital Shah Alam ke atas mayat tersebut.
"Pihak forensik hospital kini dalam proses untuk menyerahkan jenazah Amir Hamzah, 22 kepada keluarganya," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Pada 12 Okt lepas, seorang lelaki dan seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori kontena, treler, lori dan sebuah Honda Civic.
Bagaimanapun pada keesokannya polis menerima laporan tentang kehilangan seorang lelaki berusia 22 tahun apabila motosikalnya ditemui dalam keadaan bertongkat dan enjin masih hidup di lokasi kemalangan itu.
Abang mangsa, Khairul Anuar dilaporkan berkata ketika kejadian, adiknya sedang cuba membantu sebuah lori yang terbabas sebelum dipercayai terjatuh dari jambatan di lebuh raya itu ke dalam Sungai Kayu Ara apabila sebuah lagi lori turut kemalangan.
Sehubungan itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor serta polis melancarkan operasi mencari dan menyelamat di sekitar kawasan berkenaan dan Isnin lepas, satu mayat ditemui di Sungai Kandis oleh penjaga perangkap sampah.
Bernama
Fri Oct 19 2018
Pengesahan itu berdasarkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan oleh Hospital Shah Alam ke atas mayat tersebut. - Gambar fail
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Tragedi NKVE: Mayat dijumpai di Sungai Kandis sah pelajar yang hilang - Polis
Mayat lelaki yang dijumpai di Sungai Kandis di sini pada Isnin lepas disahkan mayat Amir Hamzah Mohd Rozali, pelajar yang dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai di KM14.5
Tragedi NKVE: 'Mayat adik saya dah jumpa'
Susulan kehilangan Amir Hamzah Mohd Rozali yang dilaporkan hilang ketika cuba membantu mangsa kemalangan jalan raya di Lebuhraya Lembah Klang Baru, ahli keluarga mangsa percaya Amir telah ditemui.
Tragedi NKVE: 'Mana adik saya?' - Abang runsing adik hilang selepas bantu mangsa
Niatnya hanya ingin membantu mangsa kemalangan, namun kini dikhuatiri hilang.