Tragedi solat Jumaat: Agong kutuk serangan masjid di Christchurch

Tragedi solat Jumaat: Agong kutuk serangan masjid di Christchurch
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap penjenayah itu akan segera dihadapkan ke muka pengadilan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengutuk serangan terhadap dua masjid di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan banyak nyawa , dan melahirkan rasa sedih terhadap kedua-dua kejadian itu.

Baginda berharap penjenayah itu akan segera dihadapkan ke muka pengadilan.
"Baginda amat bersedih dengan kejadian tembakan yang dilaporkan berlaku di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood di Christchurch yang meragut 49 nyawa," menurut kenyataan Istana Negara yang dikeluarkan oleh Datuk Panglima Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

"Seri Paduka mengutuk tindakan yang tidak masuk akal terhadap orang awam yang tidak berdosa dan berharap mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah ini akan dibawa ke muka pengadilan. Ingatan dan doa kami kepada mereka yang berdukacita atas kehilangan orang tersayang," menurut kenyataan itu.


The Yang di-Pertuan Agong juga berharap dan mendoakan kesembuhan segera rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian tembakan itu.

Kementerian Luar semalam mengesahkan bahawa dua rakyat Malaysia cedera dalam kejadian tembak-menembak itu. Bagaimanapun, dilaporkan bahawa ada rakyat Malaysia ketiga yang cedera dalam insiden yang dilabel oleh Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern sebagai keganasan.


-- BERNAMA

Tag: Yang di-Pertuan Agong, New Zealand, Malaysia, Kementerian Luar, rakyat Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, keganasan, serangan, serangan masjid, Masjid Al-Noor, Masjid Linwood di Christchurch, Istana Negara


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.