Tragedi solat Jumaat: Ibu bersyukur Rahimi selamat, mahu ke Christchurch

Tragedi solat Jumaat: Ibu bersyukur Rahimi selamat, mahu ke Christchurch
Rokiah bersyukur anaknya Rahimi (kanan, belakang) terselamat dalam insiden tembakan rambang di New Zealand.
BAYAN LEPAS: Ibu Rahimi Ahmad bersyukur anaknya terselamat dalam insiden tembakan rambang di New Zealand.

Rokiah Mohamad, 65, berkata maklumat yang diperoleh setakat ini adalah anaknya itu sedang menjalani pembedahan mengeluarkan peluru.

Rokiah pada masa sama berharap diberi peluang untuk melawat anaknya di sana.
Menurut Rokiah, insiden menimpa anaknya itu diketahui melalui televisyen jam 11 pagi Jumaat.

“Makcik dapat tahu mengenai insiden itu menerusi televisyen. Makcik hubungi dia sebab makcik tahu dia pergi solat Jumaat, harap sangat dia selamat,” kata Rokiah.

Sementara itu, adik perempuan Rahimi, Nadia Ahmad berkata setakat ini mereka hanya dimaklumkan abangnya selamat namun masih belum mendapat maklum balas dari Wisma Putra mengenai keadaan sebenar abangnya.

Nadia berkata kali terakhir abangnya menghubungi mereka sekeluarga pada 13 Mac lepas untuk bertanyakan khabar ahli keluarga.

“Abang memberitahu kakak (ipar) baru lulus peperiksaan di universiti di sana dan maklumkan akan pulang ke tanah air Ramadan ini,” kata Nadia.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata pihaknya dengan kerjasama kerajaan negeri akan membantu membawa Rokiah dan anak keduanya ke New Zealand.

BACA: Rahimi selamat selepas pura-pura mati


Tag: Christchurch, New Zealand, Wisma Putra, keluarga, Rahimi Ahmad, mangsa, tembakan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.