Kertas siasatan tragedi kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sudah pun diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Wan Najmuddin Mohd berkata laporan siasatan itu telah di serahkan pada pagi tadi.

Menurut beliau, pihak polis kini sedang menunggu arahan lanjut daripada Peguam Negara.

“Kes tahfiz ni kita dah serah kertas siasatan kepada pihak Peguam Negara dan menunggu arahan selajutnya daripada Pejabat Peguam Negara.

“Jadi, kita tunggu arahan daripada pihak Peguam Negara tentang apa bentuk tindakan pertuduhan keatas mereka (suspek) itu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

Pada 14 September lalu seramai 21 orang pelajar dan dua tenaga pengajar pusat tahfiz maut dalam kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah di Keramat.

BACA: Kebakaran tahfiz: Polis sambung reman tujuh suspek

Susulan hasil siasatan, polis menemui unsur khianat dan menahan tujuh suspek berusia antara 11 hingga 18 tahun bagi membantu siasatan.