Gurauan seorang suami untuk dikebumikan bersebelahan dengan kubur anaknya yang meninggal tiga tahun lalu seakan menjadi petanda mendiang akan pergi selamanya.
Menurut balu mangsa, Mardiana Majapah, 37, mendiang suaminya Jaimin Bien, 46, pernah berkata demikian sebelum kejadian berkenaan yang dianggapnya hanya sebagai gurauan semata-mata.
"Sebelum ini mendiang ada menyatakan sekiranya dia meninggal, dia mahu dikuburkan bersebelahan dengan anak kami yang meninggal tiga tahun lalu akibat kanser buah pinggang, di Kampung Melangkap," katanya ketika ditemui media di Hospital Kota Marudu, hari ini.
BACA: Dua lelaki maut tertimbus tanah runtuh
Mardiana mempunyai enam cahaya mata hasil perkahwinan hampir 20 tahun bersama mendiang dengan anak sulungnya berusia 19 tahun manakala bongsu pula berusia lima tahun.
Dia turut menyifatkan pemergian mendiang menjadi kehilangan besar buat keluarganya apatah lagi, dua anak mereka masih bersekolah.
"Selalunya setiap kali hujung minggu dia akan mengambil kami di Kampung Melangkap untuk ke Kampung Surung-Surung kerana saya akan berada di sana sepanjang minggu persekolahan untuk menjaga anak-anak," katanya.
Mardiana yang kali terakhir bertemu dengan suaminya Isnin lalu, berkata ketika kejadian tanah runtuh itu, suaminya dalam perjalanan menuju ke Pekan Kota Marudu untuk membeli barang keperluan.
"Untuk membeli barang keperluan, suami akan pergi membeli di Pekan Kota Marudu dan jika mempunyai urusan lain, dia akan memberikan duit kepada saya untuk membeli barang keperluan di rumah," tambahnya.
Sementara itu, James Salut, 54, bapa Edmond James yang turut maut dalam kejadian berkenaan, berkata anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum insiden itu dan dia juga tidak dimaklum oleh anaknya yang dia akan keluar pada malam itu.
"Mendiang tidak memaklumkan kepada saya yang dia akan keluar pada malam itu tetapi rakannya ada memberitahu saya yang dia hendak ke Kampung Melangkap untuk mengambil isterinya.
"Kali terakhir saya berhubung dengan anak saya pada jam 8 malam semalam kerana ketika itu dia masih berada di rumah," katanya.
James turut berkata dia hanya tahu tentang tragedi yang mengorbankan nyawa anak bongsunya yang berusia 22 tahun itu, daripada anak buahnya.
"Anak buah saya tiba di rumah saya pada jam 7 pagi untuk mengambil saya kerana saya mahu menumpang keretanya ke Pekan Kota Marudu.
"Ketika dia tiba di rumah saya, dia memaklumkan ada ternampak motosikal milik Edmond jatuh di lokasi kejadian tetapi tidak pula nampak anak saya di sana," katanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, Rony Sikawan berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam sekitar pukul 7.20 pagi yang memaklumkan ada mangsa tertimbus di kawasan tanah runtuh.
"Pasukan Bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 8.04 pagi. Mangsa pertama dijumpai dan dikeluarkan pada 8.31 pagi sementara mangsa yang kedua dikeluarkan pada 9.28 pagi," katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Mohd Izaan Abdullah berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi insiden.
Terdahulu, kedua-dua mangsa ditemui maut selepas motosikal dinaiki mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di KM36 Jalan Marak Parak-Ranau, dekat sini pagi tadi.
Difahamkan, kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke Pekan Kota Marudu untuk membeli barangan keperluan dengan menaiki motosikal jenis Honda Ex5 sebelum ditemui tertimbus oleh penduduk setempat.
Ruzaini Zulkepli
Fri Jan 12 2018
Mardiana ketika ditemui pemberita di Hospital Kota Marudu siang tadi. - Astro AWANI
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Inspektor polis ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
PRU15: Calon KDM, Wetrom Bahanda menang di Kota Marudu
Maximus Johnity Ongkili yang juga bekas Menteri Kabinet tewas di tangan calon KDM, Wetrom Bahanda.
PRU15: Ongkili gariskan lima fokus bantu Kota Marudu keluar daripada kemiskinan
Maximus Ongkili menggariskan lima fokus utama dalam membangunkan daerah itu sebagai aspirasi beliau pada lima tahun akan datang sekiranya berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut.
PRU15: Sabah perlukan Ongkili, beliau lantang perjuangkan hak negeri - Hajiji
Kepimpinan penyandang kerusi Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Maximus Ongkili sangat diperlukan kerana beliau tegas dalam memperjuangkan keperluan Sabah di peringkat Persekutuan.
PRU15: Wetrom ikrar mahu bawa keluar Kota Marudu daripada kemiskinan
Wetrom berikrar akan berusaha menaik taraf kemudahan prasarana di daerah tersebut selain akan memperjuangkan masalah ekonomi rakyat di Kota Marudu.
PRU15: MUDA pertaruhkan Shahrizal Denci di kerusi Parlimen Kota Marudu
Ikatan Demokratik Malaysia MUDA mengumumkan Shahrizal Denci sebagai calon parti untuk bertanding di Parlimen Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Pelan Pembangunan Sabah perlu perkasa elemen mitigasi banjir - Ongkili
Sudah tiba masanya setiap pelan pembangunan dirancang di Sabah khususnya di Kota Marudu mengambil kira elemen mitigasi banjir.
Banjir Sabah: Jumlah mangsa banjir sedikit menurun, satu PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Sabah menurun sedikit pada 4 petang Khamis kepada 3,329 berbanding 3,398 orang setakat pukul 12 tengah hari.
Usaha atasi masalah banjir bagi tempoh jangka panjang di Kota Marudu
Operasi mendalamkan sungai-sungai di Kota Marudu sedang dirancang sebagai usaha untuk mengatasi masalah banjir bagi tempoh jangka masa panjang di kawasan berkenaan.
Banjir Kota Marudu: Air mula surut, mangsa di PPS kekal 504 orang
Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) memaklumkan jumlah mangsa yang terkesan kekal 504 orang setakat jam 4 petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di Kota Marudu lepasi angka 500 orang
Kesemua mangsa terlibat banjir di Kota Marudu kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka.