Sebuah treler muatan gula terbalik di susur masuk Hentian Jejantas Sungai Buloh ke Jalan Duta pagi tadi.

Beberapa buah kereta di belakang treler berkenaan sempat mengelak selepas terlihat treler terbabit terundur dan hilang kawalan ketika melepasi pondok tambah nilai.

Insiden itu mengakibatkan kepala lori terbalik dan muatan beratus guni gula bergelimpangan di pintu masuk tol.

Kejadian jam 7.50 pagi itu turut mengakibatkan pemandu treler terbabit cedera di bahu dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Difahamkan, treler berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke gudangnya di Johor Bahru.

Proses pengalihan muatan gula seberat 20 tan itu masih giat dijalankan.

Insiden itu menyebabkan dua pintu masuk tol ditutup.