Malaysia mungkin menandatangani satu perjanjian dengan empat negara yang lain untuk menubuhkan sebuah tribunal bebas bagi mengadili orang yang bertanggungjawab menembak jatuh Penerbangan MH17 di timur Ukraine tahun lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu mesyuarat diadakan dalam kalangan pemimpin lima negara berkenaan di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini bagi meneruskan perkara itu selepas Rusia menggunakan kuasa veto membantah resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk menubuhkan sebuah tribunal.
Saya telah berjumpa Perdana Menteri Belanda bersama Presiden Ukraine, Perdana Menteri Belgium dan Timbalan Perdana Menteri Australia. Kita telah bincang langkah-langkah alternatif kerana kita telah berjanji kepada dunia, khususnya kepada keluarga mangsa bahawa kita akan mendapatkan keadilan, kata Perdana Menteri dalam persidangan akhbar pada penghujung lawatan kerjanya di New York.
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kemudiannya ke Milan untuk meneruskan lawatan kerja di Itali.
Menurut Najib, meskipun usul mewujudkan tribunal di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu telah gagal kerana veto oleh Rusia, Malaysia tetap menganggapnya sebagai kemenangan moral kerana majoriti anggota Majlis Keselamatan PBB menyokong usul tersebut.
Hanya tiga berkecuali dan satu anggota menggunakan kuasa veto, katanya.
Majlis Keselamatan PBB terdiri daripada China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, sebagai anggota tetap dan 10 anggota tidak tetap bagi tempoh dua tahun.
Malaysia menjadi anggota tidak tetap sehingga tahun 2016.
Ada dua kemungkinan. Satu melalui sistem mahkamah nasional. Satu lagi ialah dengan mengadakan perjanjian dalam kalangan lima negara bagi mewujudkan mahkamah kita sendiri yangbertanggungjawab mengenai perkara ini.
Kesemua lima negara sebulat suara supaya kita meneruskan perkara itu dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan atas jenayah mereka yang keterlaluan ke atas mangsa MH17, kata Najib.
Kita juga sedang menunggu laporan teknikal yang akan dikeluarkan pada 13 Okt ini, katanya.
Perdana Menteri berkata walaupun usaha mewujudkan tribunal di bawah PBB terhalang kerana kuasa veto, namun ia tidak bermakna hasrat untuk mendapatkan keadilan akan turut tersekat.
Ditanya mengenai pertemuan beliau dengan para pelabur dan ahli perniagaan Amerika Syarikat, Najib berkata mereka tetap yakin dengan iklim pelaburan di Malaysia walaupun wujud gambaran negatif digembar-gemburkan di dalam blog dan akhbar tertentu baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata lebih banyak usaha mendekati pelabur perlu diadakan bagi memberi gambaran sebenar terhadap potensi sebenar yang wujud di Malaysia.
Mereka menyedari kestabilan di Malaysia dan pasti tentang dasar kita. Mereka juga gembira dengan kenyataan bahawa kita adalah kerajaan yang mesra perniagaan, kata Najib
Mengenai Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), Najib berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed sedang berada di Atlanta untuk rundingan terakhir bagi memuktamadkan perjanjian tersebut.
Katanya selepas diteliti oleh Kabinet, rangka perjanjian tersebut akan dibawa ke Parlimen untuk mendapat kelulusan.
Tambahnya secara umum, pihak Amerika syarikat menerima hakikat kepentingan agenda Bumiputera serta hak-hak lain yang dipertahankan oleh Malaysia.
Bernama
Sat Oct 03 2015
Menurut Najib, meskipun usul mewujudkan tribunal di bawah PBB telah gagal kerana veto oleh Rusia, Malaysia tetap menganggapnya sebagai kemenangan moral kerana majoriti anggota Majlis Keselamatan PBB menyokong usul tersebut. - Gambar Fail
MB Terengganu sedia kongsi kepakaran bantu siasatan nahas helikopter TLDM
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ser Ahmad Samsuri Mokhtar sedia membantu dan berkongsi kepakaran sekiranya diperlukan dalam membantu menyiasat insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak.
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
Penganggur terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang penganggur terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
AWANI Borneo [24/04/2024] – Nahas helikopter | Bernilai RM1.76 juta | Rakyat diutamakan
AWANI Borneo Rabu, 24 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Cadangan tubuh Jabatan Perikanan Sarawak dibentang November
Kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selewat-lewatnya November ini.
Teliti isu limpahan pengusaha pelancongan asing - pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk menangani isu limpahan pengusaha pelancong Korea atau China yang dilihat semakin mendominasi industri pelancongan tempatan.
Tragedi MH17 genap sembilan tahun, keadilan masih dicari
Usaha mencari keadilan tidak akan berakhir walaupun keputusan hukuman terhadap tiga suspek yang menjadi dalang tragedi pesawat MH17 telah dilaksanakan oleh Mahkamah The Hague.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ukraine, Rusia bersemuka pada Jun di ICJ berhubung MH17
Ukraine dan Rusia akan bersemuka di hadapan mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 6 Jun.
ICAO putuskan dengar kes MH17 terhadap Rusia
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan untuk mendengar kes yang difailkan oleh Belanda dan Australia terhadap Rusia berhubung nahas pesawat MH17.
MH17: 'Petunjuk meyakinkan' Putin lulus bekalan peluru berpandu ke Ukraine - Penyiasat Belanda
Sistem peluru berpandu BUK-TELAR itu telah digunakan untuk menembak jatuh MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.
Siasatan MH17: Pasukan penyiasat bakal namakan suspek tambahan
Ini termasuk kemungkinan menamakan suspek tambahan dalam kejadian tersebut.
MH17: Waris keluarga terkorban masih harapkan pembelaan
Menurut Daud, dia berharap agar perkembangan mengenai kes berkenaan yang dibicarakan di peringkat antarabangsa dapat dimaklumkan kepada mereka dari semasa ke semasa.
MH17: Mahkamah putuskan kes Belanda, Ukraine terhadap Rusia diterima
Keputusan itu menunjukkan mahkamah yang berpangkalan di Strasbourg itu menganggap Rusia boleh dipertanggungjawabkan atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia di dua wilayah pemisah itu.
MH17: Mahkamah umum keputusan pendengaran kes Belanda terhadap Rusia malam ini
Keputusan sama ada pendakwaan kes akan didengar dijangka dibacakan pada jam 2.30 petang waktu tempatan (9.30 malam waktu Malaysia).
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.