Seorang tukang masak warga Malaysia maut dipercayai akibat terkena peluru sesat yang dilepaskan empat lelaki bersenjata di pusat pemeriksaan di Kampung Cek He, Tak Bai malam tadi.
Menurut Ketua Polis Tak Bai, Kol Phacharapon Na Nakorn, dalam kejadian pada pukul 9.30 malam (waktu tempatan) itu, mangsa yang dikenali sebagai Wan Mohd Zain W. Hussain, 46, dari Kampung Ketil, Tumpat maut di tempat kejadian.
Katanya, ketika mangsa sedang menaiki motosikal dan melalui pusat pemeriksaan keselamatan, empat lelaki bersenjata yang menaiki sebuah trak pikap melepaskan tembakan ke atas anggota polis yang sedang berkawal di situ.
Tambahnya, sebutir bom turut meletup tidak jauh daripada lokasi kejadian ketika anggota keselamatan Thai tiba untuk memberi bantuan kepada rakan-rakan mereka yang diserang.
Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tak Bai untuk proses bedah siasat sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh keluarganya.
Muhafandi Muhamad
Mon Oct 16 2017
Tukang masak Malaysia, Wan Mohd Zain W. Hussain maut dalam kejadian pada pukul 9.30 malam di pusat pemeriksaan di Kampung Cek He, Tak Bai. - Bernama
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Tukang masak Malaysia maut ditembak di selatan Thailand
Ketika mangsa sedang melalui pusat pemeriksaan keselamatan, empat lelaki bersenjata yang menaiki sebuah trak pikap melepaskan tembakan ke atas anggota polis.