KUALA LUMPUR :Seramai 225 individu dikenakan kompaun manakala enam lagi yang lain direman atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan pada 30 Disember.

1. 225 dikompaun, enam direman ingkar arahan PKP.

2. 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Op Benteng.

3. 94,126 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

4. 6,747 individu diarah menjalani proses Kuarantin Wajib.

5. 540 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)