Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Alor Setar pada pukul 10.55 pagi tadi untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi.

Beliau tiba bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengundi di saluran 1 kira-kira jam 11 pagi.

Mereka meninggalkan pusat mengundi lima minit selepas itu dan difahamkan beliau kemudian meninjau proses pengundian di Jerlun dan Langkawi sebelum ke Kuala Lumpur pada petang ini.