Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, malam tadi.
Unit Komunikasi Korporat IJN dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengesahkan perkara itu dan berkata Tun Mahathir mengalami jangkitan di dada susulan batuk.
"Pada masa ini, Dr Mahathir ditempatkan di wad umum. Beliau akan diwad selama beberapa hari bagi rawatan dan pemantauan," menurut kenyataan itu.
Hanya anggota keluarga terdekat dibenarkan melawat Tun Mahathir.
Sementara itu, anak kepada bekas Perdana Menteri itu, Marina Mahathir dalam satu twit di akaun Twitter miliknya memberitahu, Dr. Mahathir berada dalam keadaan baik.
"Pagi tadi sempat melawat ayah. Beliau (Dr Mahathir) dalam keadaan baik, hanya memerlukan rehat. Beliau akan kembali 'beraksi'," katanya.
Astro Awani
Sat Feb 10 2018
Hanya anggota keluarga terdekat dibenarkan melawat Tun Mahathir. - Foto Twitter Marina Mahathir
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Dalai Lama dimasukkan dalam hospital di India
Pemimpin berusia 83 tahun itu dilaporkan mengidap jangkitan dada dan harus menjalani rawatan untuk beberapa hari lagi.
Tun Mahathir dimasukkan ke IJN
Kenyataan Unit Komunikasi Korporat IJN yang dikeluarkan hari ini mengesahkan perkara itu dan berkata Tun Mahathir mengalami jangkitan di dada susulan batuk.
Tun Dr Mahathir dibenarkan keluar IJN
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 4.30pm hari ini.
Dr Mahathir beransur pulih di IJN
Jabatan Komunikasi Korporat IJN berkata, Tun Dr Mahathir terus memberi respon yang baik kepada rawatan yang diberi.
Tun Mahathir dimasukkan ke IJN
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini bagi merawat jangkitan di dadanya.
Tun Mahathir dimasukkan ke IJN untuk rawatan jangkitan dada
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan jangkitan dada, menurut Bernama.