Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga seorang lelaki yang maut dalam pergaduhan pada Sabtu di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Bandar Baru Bangi, dekat sini, susulan satu kemalangan.

"Al-Fatihah...takziah dari saya dan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)...sedih sangat!," kata Raja Permaisuri Agong menerusi laman Twitter rasmi baginda.

Dalam insiden itu, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, maut selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu lelaki lain ekoran pergaduhan antara mereka yang didahului dengan satu kemalangan kecil melibatkan kenderaan mereka.

Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes yang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kedua-dua mereka direman tujuh hari sehingga 17 Ogos ini.

BACA: Polis rakam keterangan saksi kemalangan

BACA: Henti buat spekulasi kes kemalangan di Bangi - Polis

BACA: PLUS sedia beri kerjasama dalam siasatan kes gaduh dan langgar di Bangi

BACA: Suspek, isteri kes gaduh dan langgar di Bangi direman 7 hari

BACA: Maut akibat bergelut gara-gara selisih faham selepas kemalangan




-- BERNAMA