Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini dilantik sebagai Pemangku Raja Johor selama ketiadaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di negeri ini bermula esok hingga 3 Mei ini.
Pengisytiharan pelantikan oleh Sultan Ibrahim itu dibacakan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli dalam majlis istiadat pengisytiharan Pemangku Raja di Istana Bukit Serene di sini.
Pelantikan atas nasihat dan pesertaan jemaah Majlis Diraja itu dilakukan mengikut Fasal 9 (1) (c) dan (3) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
Ia membolehkan Tunku Ismail menunaikan tugas-tugas mentadbir negeri berikutan keberangkatan ayahanda baginda ke Vancouver dalam wilayah British Columbia, Kanada untuk lawatan rasmi.
Sultan Johor mendapat undangan untuk melawat British Columbia daripadaLeftenan Gabenornya Judith Guichon pada 23 Mac lepas ketika pelancaran Model Menara Bank Rakyat di sini.
Sultan Ibrahim bertitah baginda yakin dengan kemampuan anakanda baginda menjalankan tugas serta mentadbir negeri, malah turut menyifatkan ia sebagai persediaan kepada Tunku Ismail untuk menjadi seorang raja.
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman.
Ia turut dihadiri barisan Exco kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim.
Bernama
Fri Apr 15 2016
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja Johor selama ketiadaan Sultan Johor di negeri ini bermula esok hingga 3 Mei ini. -Gambar fail
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
Sultan Johor berkenan namakan cucu Tunku Abu Bakar Ibrahim
Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli memaklumkan perkara tersebut dalam satu pengumuman Diraja.
Sultan Johor tidak adakan rumah terbuka kerana berkabung
Ini disebabkan Sultan Johor dan keluarga diraja masih berkabung bagi menghormati kemangkatan bonda baginda Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah pada 1 Jun lepas.
Jenazah bonda Sultan Johor disemadi di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata Almarhumah Hajah Khalsom, 83, mangkat pada 7.55 malam, di Hospital King Edward VII.
Tunku Mahkota Johor dilantik pemangku Raja Johor
Pengisytiharan pelantikan oleh Sultan Ibrahim itu dibacakan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor dalam satu majlis istiadat di Bukit Serene.