Laporan forensik mendapati Kim Jong Nam mengambil enam jenis ubat untuk merawat kencing manis, darah tinggi dan gout.

Ketua Bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Shah Mahmood berkata, salah satu jenis dadah yang dikesan di dalam darah si mati adalah ubat untuk menangani masalah mati pucuk.

Beliau yang merupakan saksi keenam berkata, laporan Jabatan Kimia turut mendapati lima sampel iaitu kapas muka, darah, plasma, air kencing dan lendiran mata adalah positif agen saraf VX.

Selain itu, beberapa sampel lain seperti balutan (bandage), kemeja dan seluar dalam turut ditunjukkan kepada pihak peguam bela.

Kim Jong Nam


Malah, Dr Mohd Shah berkata agen saraf VX tertumpu di bahagian muka dan mata.

"Antara lendiran mata dan kulit, kadar serapan agen saraf VX lebih cepat melalui lendiran mata," katanya.