Isu yang disampaikan tidak banyak berbeza daripada apa yang disampaikan di Oxford Union pada Januari, namun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya menarik perhatian dewan dengan ketajaman percakapan dan selorohnya sewaktu menyampaikan syarahannya di Cambridge Union pada Ahad.
Suasana bising sekumpulan kecil penunjuk perasaan di luar, bagaimanapun terus tenggelam dengan syarahan tanpa teks Tun Mahathir dalam dewan Cambridge Union Society, yang berjaya menarik pendengar dengan syarahannya mengenai kisah dari zaman penjajahan British hingga ke masalah yang dihadapi negara dan dunia pada masa kini.
Sebahagian yang hadir menyatakan, syarahan itu tidak banyak berbeza dengan yang disampaikan di Oxford Union, kerana Perdana Menteri berusia 93 tahun itu tetap dalam pendiriannya dalam banyak isu, termasuklah isu pembangunan negara regim Israel atas kesengsaraan dan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin dan pendirian negara terhadap LGBT.
Beliau juga turut menceritakan bagaimana Malaysia mengubah tumpuannya daripada Barat ke Timur dan kegusaran terhadap peminggiran negara-negara kecil oleh negara besar.
Pendengar yang hadir juga tertarik apabila Tun Dr Mahathir menyatakan dalam bahasa Inggeris, mereka tidak maksudkan apa yang mereka katakan.
"Sebagai contoh, di Parlimen, Speaker Dewan tidak dibenarkan untuk bercakap. Malaysia adalah anggota 'Commonwealth', namun tidak banyak persamaan (common) dan kekayaan (wealth) yang dikuasai negara tertentu. Inggeris akui Sultan orang Melayu sebagai pemerintah, namun mereka tidak mempunyai kuasa. Jadi apabila mereka mengkritik kita sebagai diktator, saya rasa mereka tidak maksudkannya," katanya sambil disambut dengan ketawa dan tepukan.
Selepas syarahannya, jawapan Dr Mahathir untuk soalan terakhir daripada pendengar juga membuatkan mereka ketawa. Beliau ditanya sama ada Pakatan Harapan akan masih menjadi kerajaan dalam pilihan raya yang akan datang, Dr Mahathir dengan bersahaja menjawab: "Ia bergantung pada anda, jika anda undi kami, kami akan kembali".
Turut hadir di syarahan tersebut, isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman.
Pendengar syarahan itu termasuklah pelajar universiti Cambridge, pelajar Malaysia di UK dan juga rakyat Malaysia di UK.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2019
Pendengar syarahan itu termasuklah pelajar universiti Cambridge, pelajar Malaysia di UK dan juga rakyat Malaysia di UK. - Foto Bernama
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Kegusaran Barat dan Yahudi pro-Zionis terhadap suara Tun Dr Mahathir
Demokrasi juga merujuk kepada kebebasan dalam berfikir dan membuat tindakan.
Ucapan Cambridge Union: Penonton tertarik syarahan Tun Mahathir
Isu yang disampaikan tidak banyak berbeza daripada apa yang disampaikan di Oxford Union pada Januari, namun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya menarik perhatian dewan.
'Kahwin sesama jenis... bolehkah dapat anak?' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkahwinan sesama jenis tidak mampu melahirkan zuriat seperti perkahwinan di antara lelaki dan perempuan.
Dr Mahathir akan lawat UK tiga hari, berucap di Cambridge Union
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom (UK) mulai 15 Jun di mana beliau antara lain dijadualkan berucap di Cambridge Union. Wisma Putra dalam