Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mencuit hati jemputan yang hadir pada perasmian 'Pameran Raja Kita' apabila bertitah menzahirkan ucapan terima kasih secara peribadi kepada Raja Permaisuri Agong yang bertungkus-lumus menjayakan istiadat pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Titah Seri Paduka, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah memberikan tumpuan sepenuhnya dan begitu teliti ketika melaksanakan persiapan bagi memastikan semua berjalan lancar.
"Khasnya, secara peribadi saya ucapkan terima kasih kepada isteri saya, isteri yang tersayang kerana banyak memberi tumpuan dan fokus untuk persiapan ini dilaksanakan dengan penuh 'perfection', begitu teliti dan begitu halusi.
"Saya percaya banyaklah kita peroleh daripada Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri," titah Sultan Abdullah sebelum menyempurnakan Pameran Raja Kita, di Muzium Diraja, di sini.
Lebih manis, apabila Seri Paduka turut bertitah memaklumkan hari yang bertuah ini merupakan hari ulang tahun Tunku Azizah diputerikan.
"Saya juga ingin maklumkan di sini, 5 Ogos adalah hari lahir Raja Permaisuri. Sama-samalah kita berdoa supaya isteri saya ini dipanjangkan umur, pandai memasak, banyak lagi kita boleh belajar daripadanya, berada dalam keadaan sihat walafiat dan mudah-mudahan diberkati Allah SWT," titah Seri Paduka.
Pada kesempatan itu, Sultan Abdullah turut bertitah menzahirkan penghargaan kepada barisan menteri Kabinet, warga Istana Negara serta semua pihak yang terlibat sepanjang tempoh istiadat pertabalan itu.
"Kesempatan ini, untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), seterusnya barisan kabinet, khasnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang bertanggungjawab mengurus segala persiapan, pejabat Perdana Menteri, pejabat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan juga Istana Negara," titah Sultan Abdullah.
Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara, disempurnakan pada Selasa lepas di Istana Negara secara gilang-gemilang dan penuh adat Kesultanan Melayu.
Sultan Abdullah kemudian menyempurnakan pameran itu, disusuli dengan pukulan gong sebanyak tiga kali oleh Tunku Azizah.
Sebanyak 198 koleksi peribadi Seri Paduka berdua termasuk barang hantaran dan dokumen pernikahan Seri Paduka Baginda berdua serta alat kebesaran diraja yang dipinjam dari Istana Negara, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Muzium Sultan Abu Bakar, Istana Abdulaziz dan Istana Abu Bakar dipamerkan pada pameran itu.
- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 05 2019
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah berkenan melawat Pameran Raja Kita sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Muzium Diraja pada Isnin. - Gambar BERNAMA
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
#AgongKita: Roti canai lauk kambing santapan 'wajib' Agong di Muar
Bagi penduduk di sekitar Muar, Restoran HD di Jalan Maharani bukanlah asing terutama dalam kalangan penggemar roti canai dan nasi beriani.
Sultan Nazrin Shah angkat sumpah Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali ketiga
Sultan Perak angkat sumpah jawatan untuk kali ketiga sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, peranan yang telah dilaksanakan baginda dengan cemerlang sejak 2016.
Sultan Ibrahim dimasyhur Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan itu diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara.
Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara
Istiadat ketenteraan penuh tradisi menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebaik tiba di Dataran Istana Negara hari ini.
Rakyat harap Sultan Ibrahim bawa kecemerlangan dalam pemerintahan negara
Harapan rakyat kepimpinan Yang di-Pertuan Agong menjadikan Malaysia lebih harmoni.
Bangun seawal 5 pagi untuk lihat Sultan Johor dari dekat
Rakyat Johor yakin kepimpinan Sultan Ibrahim akan menjadikan negara lebih maju.
Ribuan rakyat Johor iringi keberangkatan Sultan Ibrahim ke Istana Negara
Keberangkatan Sultan Ibrahim disaksikan kira-kira 30,000 rakyat Johor, termasuk murid sekolah, penjawat awam negeri serta orang ramai.
Raja bijaksana dan berpandangan jauh
Sultan Ibrahim disifatkan sebagai seorang raja yang senantiasa mempunyai pandangan jauh dan sering memberi nasihat untuk kemajuan negeri serta Malaysia.
Laungan 'Daulat Tuanku' iringi keberangkatan Sultan Ibrahim
Laungan 'Daulat Tuanku' bergema dan rakyat melambai tangan menunggu ketibaaan konvoi keberangkatan Sultan Ibrahim ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Sultan Ibrahim berangkat tiba di Hangar Diraja
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat tiba di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sebentar tadi.