Kecewa bekas isteri enggan pulang beraya, seorang lelaki mengugut mahu membunuh dua anak perempuan mereka.

Ketika kejadian, lelaki berusia 30 tahun itu dibawah pengaruh dadah dan dipercayai mengalami kemurungan.

Dalam kejadian 5 petang Selasa di Kampung Suang Prai, Mengatal, Sabah, suspek bertindak demikian apabila sepupunya meminta anakya yang berusia empat dan lima tahun tidak dikurung dalam bilik.

Suspek naik berang lalu mengugut anak-anaknya dengan mengacukan pedang samurai ke leher mereka selain menyalakan api untuk membakar bilik tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M. Chandra berkata, pengadu kemudian menghubungi polis yang kemudiannya berjaya memujuk suspek menyerah diri.

Kedua-dua anak suspek bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemeriksaan lanjut mendapati suspek positiif dadah jenis syabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.