Tindakan seorang penganggur memeras ugut untuk menyebarkan gambar bogel bekas teman wanitanya berakhir dengan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Shazarul Ikhmal Rospisham, 20, selepas dia mengaku bersalah atas dakwaan memeras ugut mangsa berusia 19 tahun itu, yang bekerja sebagai pelayan restoran, menghantar gambar bogel gadis itu bagi mendapatkan wang.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Tun Razak di sini pada 12 tengah malam, 10 Jan lepas dan didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda dan sebatan.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh membayar denda itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya memberi pengajaran kepada tertuduh kerana perbuatan pemerasan tidak bermoral itu mendatangkan trauma kepada mangsa.
Peguam Zulkifli Awang yang mewakili Muhammad Shazarul Ikhmal, memohon supaya hukuman penjara tidak dikenakan ke atas anak guamnya dengan alasan tertuduh akan melanjutkan pengajian dalam jurusan automotif di sebuah kolej swasta selain dia telah menyesal dan insaf dengan perbuatannya itu.
Mengikut fakta kes, mangsa menerima 20 keping gambar bogelnya daripada tertuduh melalui aplikasi WeChat.
Tertuduh kemudian meminta wang sebanyak RM200 bagi setiap keping gambar dan mengugut akan menyebarkan gambar bogel itu sekiranya permintaannya tidak dituruti.
Bernama
Fri Feb 12 2016
Muhammad Shazarul telah menghantar 20 keping gambar bogel mangsa dan kemudian meminta RM200 bagi setiap keping gambar. - Gambar hiasan
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Ugut sebar gambar bogel bekas kekasih, penganggur didenda RM4,000
Muhammad Shazarul Ikhmal Rospisham, 20, telah menghantar 20 keping gambar bogel mangsa dan kemudian meminta daripadanya RM200 bagi setiap keping gambar.