Seorang pengarah syarikat didakwa di mahkamah majistret di sini, hari ini, atas tuduhan ugutan bom di dalam pesawat Firefly 3251 dari Lapangan Terbang Subang ke Singapura, dua minggu lalu.
Tertuduh, Woong Choon Loong, 41, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Abdul Karim.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Choon Loong didakwa melakukan ugutan jenayah melalui telefon dengan menyatakan terdapat bom dalam pesawat berkenaan dengan niat hendak menyebabkan ketakutan.
Perbuatan itu dilakukan di pejabat perkhidmatan awam pelanggan Firefly, Citta Mall, Jalan PJU 1A/48, di sini, jam 7.36 petang, pada 17 mei lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Jun ini untuk sebutan semula kes.
Astro Awani
Mon May 30 2016
Pesawat yang mahu berlepas ke Singapura difahamkan mendarat semula di lapangan terbang Subang selepas menerima panggilan ugutan bom.
Zendaya hidupkan watak wirawati tenis menerusi filem Challengers
Challengers mengikuti watak Zendaya, seorang bintang tenis yang bercita-cita tinggi yang meninggalkan kerjayanya selepas kecederaan teruk.
PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'
Kehadiran Pemangku Raja Pahang itu adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan ke-6 (PHAM 2024).
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
Narendra Modi, pembangkang tamat kempen Pilihan Raya India
Menuju pilihan raya umum, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin parti pembangkang utama Kongres Rahul Gandhi dan Priyanka Gandhi menamatkan kempen pada Rabu.
Kes kematian di Indonesia meningkat
Kes kematian akibat demam denggi di Indonesia semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan 179.4 peratus bersamaan 475 mangsa berbanding 170 nyawa terkorban dalam tempoh sama, tahun lalu.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Jangan benarkan pihak lain ambil alih LTSAAS - Pengerusi Malaysia Airports
Kerajaan harus membatalkan sebarang hasrat untuk menswastakan dan mengeluarkan (carve-out) Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) daripada rangkaian Malaysia Airports.
Malaysia Airports sahkan pengambilalihan Subang oleh entiti swasta
Malaysia Airports Holdings Bhd hari ini menjelaskan bukan sesuatu yang luar biasa bagi pasaran untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai pembangunan lapangan terbang baharu atau mengambil a
Solat jemaah, aktiviti di masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang ditangguh - JAIS
JAIS mengarahkan agar solat Jumaat, solat fardu lima waktu di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang dekat sini ditangguhkan bermula petang semalam.
Polis terima panggilan ancaman bom dalam pesawat di lapangan terbang Subang
Maklumat diterima daripada pemanggil yang tidak dikenali kira-kira jam 8 malam yang mendakwa terdapat bom dalam sebuah pesawat dari Singapura ke Kuala Lumpur.