Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar sejarah universiti awam di negara ini apabila menjadi institusi pertama membina dan melancarkan satelit nano sulungnya iaitu 'UiTMSAT-1' ke angkasa lepas pada Jumaat.
UiTMSAT-1 dilancarkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menerusi roket kargo Space X Falcon 9 dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida, Amerika Syarikat kira-kira pukul 5.47 petang waktu tempatan.
Satelit nano berbentuk kiub berukuran 10 sentimeter itu dibina oleh dua pelajar UiTM di Jepun iaitu Syazana Basyirah Mohamad Zaki dan Muhammad Hasif Azami hasil jalinan kerjasama dengan Kyushu Institute of Technology (KyuTech) menerusi program 'Joint Global Multi-Nation (BIRDS-2)'.
Syazana Basyirah dan Muhammad Hasif merupakan pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) yang sedang menyambung pengajian peringkat Sarjana dan PhD dalam bidang berkaitan di negara tersebut.
Selain mereka, turut mengikuti program berkenaan adalah lapan pelajar lain dari Bhutan dan Filipina yang membina satelit nano bagi negara mereka iaitu BHUTAN-1 dan MAYA-1 (Filipina).
Tayangan langsung
Pelancaran UiTMSAT-1 itu disaksikan Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said, Dekan FKE Prof Ir Dr Mohd Nasir Taib, Pengarah Pusat Komunikasi Satelit UiTM, Prof Ir TS Dr Mohamad Huzaimy Jusoh serta pensyarah dan pelajar fakulti itu menerusi tayangan secara langsung ISS di laman sosial Youtube dalam satu majlis di sini.
Menurut Hassan, satelit nano itu akan disimpan sementara waktu di ISS dan dijangka akan dilepaskan ke orbitnya pada Ogos ini yang berjarak kira-kira 400,000 kilometer dari bumi untuk mengelilinginya.
"Saya rasa ia adalah pencapaian terhebat dan ia harus dijadikan permulaan untuk warga UiTM ke peringkat seterusnya dan diharap lebih banyak projek berimpak tinggi dapat dihasilkan kerana ia pasti memberi manfaat kepada universiti dan negara.
"Dari segi kos pula, UiTM hanya menanggung kos barangan membina satelit nano sekitar RM500,000 manakala penghantaran pelajar ke Jepun adalah atas biasiswa kerajaan dan pelancaran satelit pula disubsidi hasil kerjasama pintar dengan Jepun," katanya kepada pemberita, di sini pada Jumaat.
Enam misi
Sementara itu, Mohamad Huzaimy berkata satelit nano itu mempunyai enam misi antaranya pengambilan imej, menguji korelasi lokasi satelit, ujian cip Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), mengukur medan magnetik di angkasa untuk data pemetaan geomagnetik di rantau Asia Tenggara serta komunikasi radio.
Beliau berkata keenam-enam misi itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 2,500 pelajar fakulti berkenaan memandangkan ia mempunyai kaitan dengan penyelidikan bagi lima jurusan yang ditawarkan di fakulti berkenaan.
Mengulas lanjut, Mohamad Huzaimy berkata FKE juga membina 'ground station' di fakulti tersebut dilengkapi saluran komunikasi berkelajuan tinggi bagi mengumpul data yang dihantar oleh satelit nano itu kelak.
"UITMSAT-1 berkelajuan 28,000 km sejam dan ia mampu mengelilingi bumi sehingga tujuh kali sehari. Ia akan melalui Malaysia dalam tempoh sekitar 10 minit, disebabkan itu kami harus membina saluran komunikasi berkelajuan tinggi untuk mengumpul data bagi tujuan penyelidikan.
"Kami melihat projek itu sebagai satu batu loncatan untuk FKE mencetuskan pelbagai lagi projek yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada warga UiTM tetapi kepada rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 29 2018
Hassan (kanan), Naib Canselor Akademik UiTM, Prof Dr Mohamad Kamal Harun (tengah) dan Mohd Nasir melihat lintas langsung pelancaran satelit UiTMSAT-1 dari Cape Canaveral Air Force Station pada majlis di UiTM Shah Alam, 29 Jun, 2018. --fotoBERNAMA
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
NASA raikan ulang tahun ke-25 Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa
Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat NASA pada Rabu meraikan ulang tahun ke-25 permulaan operasi Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), lapor agensi berita Jerman (dpa).
Angkasawan NASA catat rekod baharu AS penerbangan angkasa paling lama
Angkasawan NASA Frank Rubio telah mencipta rekod baharu penerbangan kapal angkasa paling lama di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Empat angkasawan kembali ke bumi selepas enam bulan di angkasa - NASA
Selepas kira-kira enam bulan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dua warga Amerika, seorang angkasawan Rusia dan Emiriah Arab Bersatu telah selamat kembali ke Bumi, menurut NASA pada Isnin.
NASA, SpaceX lancarkan misi kru ketujuh ke ISS pada Ogos
NASA dan SpaceX merancang untuk melancarkan misi kru ketujuh ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Ogos, lapor Xinhua.
SpaceX Dragon mula misi pulang ke bumi
Kapal angkasa itu bersedia untuk melakukan pendaratan di luar pantai Florida dengan bantuan payung terjun.
Malaysia boleh hantar angkasawan kedua jika negara stabil - Sheikh Muszaphar
Inisiatif di bawah rangka tindakan Agensi Angkasa Negara Malaysia itu bertujuan menghantar angkasawan wanita pertama negara ke ISS.
Angkasawan persendirian AS tamat misi, pulang ke bumi
Kapal angkasa Dragon SpaceX yang membawa empat angkasawan persendirian Axiom Space selamat pulang ke bumi sekali gus menamatkan misi angkasawan persendirian kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Rusia bakal tinggalkan ISS selepas 2024
Rusia akan beri tumpuan kepada usaha membina pos luar orbitnya sendiri.
Tandas kapsul SpaceX rosak, angkasawan terpaksa pakai 'lampin'
"Perjalanan angkasa penuh dengan perubahan kecil. Ini satu lagi yang kami perlu hadapi dan tangani dalam misi ini."
Dr Noor Hisham terima pengiktirafan International Surgical Fellowship Award
Dr Noor Hisham menerima pengiktirafan itu semasa 'The Virtual Surgical Week' yang berlangsung 30 Ogos lepas sehingga esok.