Ujian DNA dijalankan untuk kenal pasti mangsa - Dr Subramaniam

Ujian DNA dijalankan untuk kenal pasti mangsa - Dr Subramaniam
Proses mengenal pasti identiti mengambil sedikit masa memandangkan keadaan mayat yang majoritinya terbakar teruk.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.Subramaniam mengesahkan 23 jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses pemeriksaan dan pengecaman.

Dalam satu sidang media sebentar tadi, Dr Subramaniam memaklumkan, seramai 10 mangsa cedera dirawat di HKL, dengan empat daripadanya mengalami kecederaan serius.

Mangsa pertama tiba di HKL jam 6.40 pagi.
BACA:  Pusat tahfiz terbakar: 23 maut, empat serius

BACA: Pusat tahfiz terbakar: 'Saya hantar dua pasang jubah, serban untuk anak saya malam tadi' - Bapa mangsa


Proses mengenal pasti identiti mengambil sedikit masa memandangkan keadaan mayat yang majoritinya terbakar teruk.

Peta lokasi
BACA: Pusat tahfiz terbakar: Kerajaan negeri sedia tawarkan bantuan - MB Selangor


"Ujian DNA sedang dijalankan untuk mengenal pasti identiti mangsa," kata Subramaniam.

Beliau yang sempat bertemu ibu bapa mangsa yang terkorban turut menyampaikan ucapan takziah kepada mereka yang terlibat.