Mendakwa usianya 102 tahun, seorang warga emas di sini bukan sahaja mampu menguruskan diri sendiri dengan baik tetapi juga memiliki daya ingatan yang masih kuat yang dipercayainya hasil amalan makan ulam-ulaman sejak muda.
Siti Zahrah Wahab dari Kampung Tanjung Belit, Sidam Kanan, Padang Serai yang lebih dikenali sebagai 'Tok Bok', dipercayai penduduk tertua di kampung itu. dari Kampung Tanjung Belit, Sidam Kanan, Padang Serai yang lebih dikenali sebagai 'Tok Bok', dipercayai penduduk tertua di kampung itu.
"Tok berjalan gunakan tongkat... penglihatan tok semakin berkurangan tetapi masih boleh melihat dengan jelas dari jarak dekat. Kalau tengah hari panas tok kena pakai cermin mata yang gelap untuk atasi masalah silau mata," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya.
Berdasarkan tarikh lahir yang tercatat pada kad pengenalannya, Siti Zahrah dilahirkan pada 1925 namun katanya ketika pendaftaran dokumen pengenalan diri dibuat, umurnya 'dimudakan' 10 tahun.
Selain mampu berjalan sendiri tanpa bantuan orang lain, warga emas ini juga masih mampu bertutur dengan jelas.
Dia yang mempunyai empat anak hasil daripada dua perkahwinan berkata anak sulungnya bernama Yazid Bakar dan sudah berusia 82 tahun.
"Tok berkahwin kali pertama ketika berumur 18 tahun dan dikurniakan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang anak perempuan manakala untuk perkahwinan kali kedua tok dikurniakan seorang anak perempuan," katanya menambah kedua-dua bekas suaminya yang berkongsi nama Bakar masih ada.
Siti Zahrah yang mempunyai sembilan cucu dan 15 cicit serta piut, kini tinggal bersama anak keduanya, Zubaidah, 75.
"Ibu saya ini dia mudah ingat di mana dia letak barang-barangnya. Kalau dia perlukan barang-barang itu dia sendiri pergi ambil di situ. Cuma dia ada masalah pendengaran, kalau hendak bercakap dengan dia, seseorang itu kena bercakap dengan kuat," kata Zubaidah.
Katanya sekarang ibunya sudah kurang mengambil ulam-ulaman disebabkan mengalami masalah perut yang sensitif dengan makanan pedas.
"Ibu saya kalau hendak makan ulam mesti diregukan dengan sambal belacan,tetapi sekarang perutnya sering rasa pedih kalau makan sambal belacan. Jadi dia banyak makan nasi bersama sayur-sayuran dan ikan sahaja," kata Zubaidah, seorang ibu tunggal yang menampung hidup mereka berdua dengan pendapatan RM270 sebulan sebagai pekerja am.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2017
Siti Zahrah yang mempunyai sembilan cucu dan 15 cicit serta piut, kini tinggal bersama anak keduanya, Zubaidah, 75. - BERNAMApix
KDA FC berjaya selesai tunggakan gaji
KDA FC berjaya selesaikan keseluruhan tunggakan gaji bagi musim 2023, sekali gus membolehkan pasukan kelab itu mengekalkan Lesen Kebangsaan bagi bersaing dalam Liga Super musim ini.
AWANI Tonight: Govt to draft MoU on allocations for opposition MPs
The government has agreed in principle to consider extending similar annual allocations to elected representatives from the opposition, with a draft memorandum of understanding (MoU) to be drawn up soon.
AWANI Tonight: 18 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Govt to draft MOU on allocations for opposition MPs
2. Volcano eruption: Thousands affected by flight cancellations
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt to draft MOU on allocations for opposition MPs
2. Volcano eruption: Thousands affected by flight cancellations
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Govt to draft MoU on allocations for opposition MPs
The government has agreed in principle to consider extending similar annual allocations to elected representatives from the opposition, with a draft memorandum of understanding (MoU) to be drawn up soon.
AWANI Tonight: Building climate resilient communities
With the effects of climate change worsening over time, Junior Cho of Zurich Malaysia shares about building sustainable communities that are climate-resilient through the Urban Climate Resilience Programme.
AWANI Tonight: Singapore loses world's best airport crown to Qatar
Doha's Hamad International Airport has been named the world's best airport at the annual Skytrax Awards, beating 12-time winner Singapore Changi to take the top spot.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Muda
Mayat seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui terapung di Sungai Muda, Kampung Tanjung Belit, Padang Serai, Kulim pada Khamis.
Ulam rahsia sihat warga emas berusia 102 tahun
Mendakwa usianya 102 tahun, seorang warga emas di sini bukan sahaja mampu menguruskan diri sendiri dengan baik tetapi juga memiliki daya ingatan yang masih kuat yang dipercayainya hasil amalan makan