Universiti Malaya (UM) kini menghampiri sasaran untuk menempatkan diri di kelompok 100 universiti terbaik di dunia.

Mengikut kedudukan terkini yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) hari ini, Universiti Malaya menduduki tangga ke-114 terbaik dunia ketika ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi, lima universiti Penyelidikkan Malaysia telah meningkat satu peratus dalam senarai kedudukan dunia bagi tahun 2017/2018, termasuk UM.

Empat universiti lain selain UM adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia Dan Universiti Sains Malaysia.

UPM mencatatkan peningkatan paling ketara apabila melonjak 182 anak tangga daripada tangga ke 411 ke 229.

Menurut menterinya Datuk Seri Idris Jusoh ini adalah suatu perkembangan yang memberangsangkan dalam bidang pendidikan tinggi negara.

"Ini merupakan satu berita yang amat baik bagi landskap pendidikan tinggi Malaysia terutama sekali pada tahun ini apabila kementerian meraikan 10 tahun memperkenalkan inisiatif universiti penyelidikkan dengan harapan dapat merangsang dan membudayakan penyelidikkan, penerbitan dan inovasi".