Badan perhubungan UMNO Pulau Pinang berharap Jemaah Menteri yang baru dilantik hari ini akan membawa transformasi dalam pentadbiran kerajaan pusat.
Justeru, Pengerusinya Datuk Seri Zainal Abidin Osman menyeru semua ahli UMNO di setiap bahagian perlu bersatu hati dan memberi sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata rakyat perlu memberi peluang kepada Kabinet baharu untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dalam meneruskan agenda transformasi kerajaan.
“Kita berharap kabinet pagi ini, enam menteri baru akan beri satu pembaharuan dan transformasi kepada Kabinet. Harap Kabinet ini akan dapat fokus kepada menyelesaikan masalah rakyat.
“Rakyat bergantung penuh harapan. Ramai yang mencari rezeki hendakkan kehidupan lebih baik dan harap Kabinet baharu pembuat dasar dapat pastikan kehidupan lebih terbela dan baik,” ujar Zainal Abidin.
Mengulas lanjut, beliau berharap barisan kepimpinan yang baru akan memberi perhatian khusus dalam menangani isu ekonomi, tekanan kos sara hidup dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain mengukuhkan kedudukan parti UMNO itu sendiri.
“UMNO Pulau Pinang berharap Kabinet ini akan dapat selesaikan banyak perkata dan isu yang tertangguh terutama yang menyentuh soal pembangunan ekonomi, isu semasa, 1MDB, kejatuhan Ringgit dan GST.
“Paling penting, mereka perlu usaha sebaik mungkin di cawangan untuk mengembalikan keyakinan rakyat pada parti,” ujarnya.
Zainal Abidin berkata demikian ketika mengulas rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada semalam.
Rombakan itu menyaksikan pelantikan enam menteri baru dan sembilan timbalan menteri baru manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan digantikan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau sebelum itu ditemui pada majlis sambutan Rumah Terbuka Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang dan JKP Sdn Bhd di George Town pada Rabu.
Astro Awani
Wed Jul 29 2015
ZAINAL: Rakyat perlu memberi peluang kepada Kabinet baharu untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dalam meneruskan agenda transformasi kerajaan.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
Kabinet setuju mula proses pinda Akta Hasutan
Kabinet memberi persetujuan untuk memulakan proses meminda Akta Hasutan bagi mengekang provokasi terhadap isu kaum, agama dan raja (3R).
Pengampunan Najib: Saya bukan sumber media antarabangsa itu - Fahmi
Fahmi nafi beliau sumber yang dipetik sebuah portal antarabangsa yang mendakwa hukuman penjara 12 tahun Najib akan dikurangkan.
Lans koperal didakwa rogol pelajar warga Uzbekistan
Seorang lans koperal polis mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk merogol seorang remaja perempuan warga Uzbekistan.
Emir baharu Kuwait terima peletakan jawatan kabinet
Kabinet akan terus berfungsi sebagai kerajaan sementara untuk menguruskan perkara-perkara mendesak sehingga Kabinet baharu dibentuk.
Malaysia larang kapal Israel berlabuh dan mendarat di Malaysia - PM Anwar
Kerajaan batal keputusan Kabinet pada 2002 benarkan kapal Israel berlabuh, dan keputusan Kabinet 2005 yang benarkan kapal tersebut mendarat.
Skandal dana politik: 3 menteri Jepun letak jawatan
Tiga menteri Jepun meletak jawatan di tengah-tengah skandal dana politik yang tertumpu kepada kumpulan terbesar dalam parti memerintah LDP.
Lebih wajar PM tidak pikul jawatan Menteri Kewangan - Penganalisis politik
Barisan menteri dan Timbalan menteri kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat lebih kuat berbanding terdahulu.
Dasar TVET Negara akan dibawa ke Kabinet, dilancarkan Jun 2024
Rangka dasar berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan kelulusan.
Spekulasi rombakan Kabinet: Ini jawapan Perdana Menteri...
"Januari? Kenapa Januari? Tak Disember," reaksi Perdana Menteri mengenai spekulasi rombakan Kabinet yang diperkatakan.
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.