Perikatan Nasional patut menyenaraikan nama Ahli Parlimen yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan kepada pihak umum.

Menurut Penasihat Strategik kepada Ketua Pemuda UMNO, Wan Agyl Wan Hassan, ini akan merungkaikan segala kecelaruan berhubung sokongan kepada calon Perdana Menteri.

"Jika kedua-dua pihak menyatakan bahawa mereka mempunyai sokongan majoriti, saya rasa Perikatan Nasional juga patut mengumumkan senarai Ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

"Dari sini kita akan ketahui Ahli Parlimen mana yang menjadi punca kepada permasalahan ini," katanya.

Wan Agyl berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Consider This di Astro AWANI 501 malam tadi.