Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memastikan harga barangan di pasaran sentiasa terkawal sempena musim perayaan.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata pihaknya juga mahu memastikan barangan keperluan mencukupi dan tiada gangguan bekalan dihadapi.

Jelasnya para pembekal, pemborong dan peniaga perlu bekerjasama dengan KPDNKK bagi memastikan harga di pasaran stabil dan meningkatkan keyakinan pengguna untuk kebaikan jangka masa panjang.

KPDNKK telah menetapkan harga maksimum untuk 13 jenis barangan harga terkawal bagi pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014 berkuatkuasa dari Ahad, 26 Jan sehingga 9 Feb.

Tempoh pelaksanaan skim pada kali ini adalah selama 15 hari iaitu lima hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan sembilan hari selepas perayaan, menurut portal berkenaan.