Pemeriksaan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) mendapati tiga pekerja pusat penyembelihan ayam di Pasar Besar Peremba, Alor Setar tidak mematuhi standard halal yang ditetapkan.

Kebanyakkan mereka didapati menggunakan taktik baru untuk memendekkan tempoh pendarahan ayam yang disembelih iaitu dengan memasukkan ayam ke dalam air panas untuk segera diproses.

Lebih membinbangkan pelanggan di pusat penyembelihan itu bukan sahaja di kalangan peniaga bukan Islam malah turut dibeli pemborong dan peniaga kecil beragama Islam.

Pusat penyembelihan itu diberi tempoh seminggu bagi memastikan standard, termasuk aspek penyembelihan, pemprosesan serta kebersihan dipatuhi sebelum pemeriksaan semula dilakukan di pusat berkenaan.