UNDIAN: Adakah tindakan menghentikan buat sementara PBS wajar?

UNDIAN: Adakah tindakan menghentikan buat sementara PBS wajar?
Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai  aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pada tahun 2011, PBS dilaksanakan pada sekolah rendah dan di sekolah menengah 2012.
Bagaimanapun, setelah mendapati banyak aduan daripada para guru, kerajaan telah memutuskan untuk mengkaji semula sistem itu.

Kementerian Pendidikan Malaysia semalam mengumumkan guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan
sehingga kenyataan mengenainya dibuat dalam masa terdekat.

Hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS dijangka dimaklumkan setelah Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.

Adakah tindakan Kementerian sekarang ini untuk menghentikan PBS buat sementara ini wajar?