Astro AWANI akan meninjau pelbagai sektor menjelang pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober depan.

Minggu ini, tumpuan kami melibatkan rumah mampu milik.

Rakyat Malaysia, khususnya golongan belia di negara ini sering menyuarakan kebimbangan mereka tentang kemampuan pemilikan rumah yang seiring dengan keperluan asas setelah berkerjaya dan seterusnya membina keluarga yang sejahtera.

Dalam pembentangan Bajet 2015, di bawah strategi membangun Program Transformasi Belia Negara, akses kepada pinjaman perumahan (rumah pertama) dipermudahkan melalui Skim Perumahan Belia secara perkongsian pintar antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Cagamas.

Kami ingin tahu: Adakah wang simpanan KWSP anda cukup untuk memiliki rumah pertama?
Sertai undian kami di sini: