Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di Sungai Batang Lassa, Daro Mukah telah dihentikan pada tengahhari Sabtu, walaupun gagal menemui seorang lagi mangsa yang masih hilang.

Menurut Ketua Polis Daerah Matu Daro, Timbalan Penguasa DSP Wagner Lisa Libut, operasi mencari Mardani Akim, 55, hanya melibatkan bilangan anggota yang agak kecil.

Sementara itu dalam satu lagi kejadian bot karam di Bintangor, Sarikei, usaha mencari Kenny Anak Bisa, 28, yang masih hilang diteruskan.

Dalam kejadian awal pagi Jumaat, bot penumpang yang dinaiki mangsa bersama 17 orang yang lain karam dipukul ombak besar.