Kes denggi kian meningkat di beberapa kawasan di Malaysia. Klang mencatat peningkatan kes demam denggi sebanyak 45 peratus iaitu 1,605 kes dengan satu kematian bagi tempoh 1 Jan hingga 28 Feb lepas berbanding 426 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman juga berharap orang ramai digesa bertindak lebih aktif dalam menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes.

Wabak denggi yang menular ketika ini turut meragut nyawa salah seorang warga kerja Astro AWANI.

Untuk itu kami di Astro AWANI turut melancarkan kempen #CukupSetakatSamson bagi memerangi habis-habisan wabak denggi di negara ini.

Bagi menyatakan sokongan anda, sila klik like di www.facebook.com/CukupSetakatSamson.

Kami juga ingin tahu pengalaman anda dan jika anda mempunyai kenalan yang pernah menjadi mangsa denggi.

Sertai undian Astro AWANI.