Belum reda dengan kes soalan bocor yang menyebabkan penangguhan kertas Sains 018, 028 dan 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 kepada 30 September, kini kertas Bahasa Inggeris pula turut bocor.

Berita ini disahkan oleh Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh pagi tadi yang memaklumkan bahawa Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 (Kertas 1 dan 2) bagi didapati turut bocor.

Tambah beliau, murid-murid perlu mendudukinya semula pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Terdahulu, hasil tinjauan Astro AWANI mendapati ibu bapa kecewa dan anggap ia menyusahkan kerana perkara ini tidak seharusnya berlaku dan membebankan pelajar itu sendiri.

Ada di antara ibubapa yang sudah merancang untuk bercuti, namun terpaksa ditundakan hasrat berkenaan disebabkan kertas matapelajaran Sains.

Apa pendapat anda tentang isu ini?