Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan gerakan undi rosak yang sedang tular di media sosial adalah disebabkan kekecewaan sesetengah pihak terhadap pembangkang.
Tegas Menteri Pengangkutan itu, ia berikutan pembangkang telah mengelirukan rakyat dengan menyebarkan berita palsu dan fitnah.
"Saya merasakan 'kekecewaan' itu merujuk kepada parti pembangkang. Pembangkang telah mengelirukan keadaan. Kerajaan sedang berusaha keras untuk mewujudkan semangat positif dalam usaha membangunkan negara bangsa.
"Walaupun kerajaan sentiasa bersikap positif untuk berusaha mewujudkan persefahaman antara rakyat tetapi inisiatif berkenaan dihalang dengan tindakan negatif dilakukan pembangkang.
"Namun, kita lihat pembangkang terus menyebarkan berita negatif, kebencian kalangan rakyat dan memecahbelahkan rakyat. Ia mengelirukan rakyat dengan berita palsu. Perkara ini semua telah menyusahkan rakyat kerana ia suatu yang sangat negatif," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan “Going 50: People Behind The TARC History” di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di sini hari ini.
Sehubungan itu katanya, dengan tindakan berkenaan, rakyat dilihat muak dengan situasi tidak sihat yang cuba diwujudkan pembangkang.
"Rakyat mahu melihat usaha membangunkan negara bangsa dan bukan memusnahkan negara ini. Jadi cukup-cukuplah pembangkang untuk melakukan semua perkara negatif ini," ujarnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini melalui blog najibrazak.com menggesa rakyat Malaysia agar tidak merosakkan undi dan terpengaruh dengan gerakan merosakkan undi oleh pihak tertentu, kononnya kerajaan dan pembangkang tidak menguntungkan rakyat.
Beliau bagaimanapun mengakui wujud kelemahan di kedua-dua belah pihak, namun rakyat boleh membuat pilihan antara kerajaan sedia ada dan pembangkang dengan menilai pembangunan yang telah dilaksanakan.
Sehingga kini, gerakan dan kempen #undirosak tular di media sosial terutama Facebook dan Twitter dengan mendakwa perbuatan merosakkan undi adalah tidak menyalahi mana-mana undang-undang.
Rahimah Abdullah
Tue Feb 13 2018
Ini berikutan pembangkang yang telah mengelirukan rakyat dengan menyebarkan berita palsu dan fitnah. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Penggodam disokong China sasar infrastruktur kritikal AS
Syarikat itu berkata organisasi yang terjejas oleh kempen berniat jahat itu antara lain termasuk maritim, kerajaan dan teknologi maklumat.
Isu asal usul COVID-19 dipolitikkan - Tinjauan CGTN
Hasil tinTjauan kumpulan pemikir China Global Television Network (CGN) mendapati bahawa 80 peratus responden berpendapat usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 dicemari politik.
"Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan" - Amitabh Bachchan
Bintang Bollywood Amitabh Bachchan kini dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di India.
Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.
Penulis blog 'Big Dog' meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian Zakhir, 52, dikongsi oleh beberapa pengguna media sosial di laman Facebook Allahyarham, sebentar tadi.
Undang-undang diguna untuk sesuatu yang tidak demokratik, adil - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa undang-undang ketika ini digunakan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak demokratik dan adil.
'Tinggal saya seorang, saya kesunyian' - Tun M luah rasa sedih atas pemergian sahabat
Ahli Parlimen Langkawi berkata beliau dan Khalid bersama selepas tamat Perang Dunia Kedua.
Isu kuarantin: Khairuddin nafi ke Belanda, beri amaran saman pemfitnah
Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan dakwaan kononnya beliau pergi ke Belanda ketika lawatannya ke Turki semasa PKPP.
Malaysia mungkin jadi negara perasuah jika jenayah itu terus dipandang ringan - Tun M
Apabila ramai yang anggap rasuah bukan sebagai satu jenayah yang buruk, maka ia akan berkembang sehingga menjadi amalan seluruh masyarakat.
Lebih 50 peratus rakyat Malaysia percaya melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP
Nancy berkata, daripada tinjauan itu, sebanyak 50.9 peratus responden mempercayai bahawa melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP.