16 tahun lalu, ucapan paling popular Tun Dr Mahathir Mohamad - “The world now lives in fear. We are afraid of everything” - menjadi 'senjata' paling berbisa buat kuasa besar dunia.

Ungkapan keramat itu dilontar Perdana Menteri ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada 2003 di Kuala Lumpur.

Namun, adakah “tagline” tersebut bakal kembali bergema di pentas sama di Baku, Azerbaijan?

Segalanya bakal terjawab hari ini, di mana pemimpin berusia 94 tahun ini akan muncul sekali lagi, namun kali ini sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

Pentas itu pastinya “taman permainan” buat Dr Mahathir, tetapi tidak kepada kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

Ini kerana, kuasa besar dunia itu mungkin menganggap ia sebagai “medan serangan” untuk mereka.

BACA: PM tiba di Azerbaijan bagi hadiri Sidang Kemuncak NAM ke-18

Jangan pernah diragui, kerana ucapan Dr Mahathir pada Sidang Kemuncak NAM ke-18 kali ini, dijangka agak keras dan berani.

Ia mampu meninggalkan kesan mendalam kepada negara Barat atau mereka yang menjadi tali barut Amerika Syarikat.

Setakat ini, ucapan Perdana Menteri dijangka menekankan isu yang dekat di hati beliau termasuk penindasan etnik Rohingya, kekejaman terhadap rakyat Palestin dan status wilayah Laut China Selatan.

BACA: Tun Mahathir antara pemimpin terawal berucap di Sidang Kemuncak NAM ke-18

Selain itu, kesan impak perang dagangan dan penekanan terhadap peranan NAM turut dijangka menjadi tumpuan.

Siapa bertepuk, dan siapa yang gentar - semuanya akan terungkap dalam ucaptama Dr Mahathir, hari ini.

BACA: Hai orang Malaysia, salam dari Azerbaijan!