KUALA LUMPUR:Kemasukan pelajar baharu dan semasa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dari Sabah ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Perkara itu diumumkan pihak universiti dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sesi pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar terlibat sebaliknya akan dijalankan secara dalam talian.

"Sebarang pertanyaan berkaitan pergerakan balik ke kampus boleh diajukan kepada Pusat Khidmat Pelajar.

"Pertanyaan berkenaan sesi pengajaran dan pembelajaran boleh diajukan kepada fakulti masing-masing," kata UNIMAS.

BACA: COVID-19: 150 kes baharu dicatat, satu kematian - KP Kesihatan

BACA: Shahril Hamdan positif COVID-19 selepas pulang dari Sabah

BACA: KKM tambah kakitangan uruskan saringan pengembara Sabah di KLIA - Noor Hisham

Terdahulu pada 24 September lalu, Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak (SDMC) mengumumkan bahawa pergerakan masuk dari Sabah ke Sarawak akan diperketat akibat kenaikan kes COVID-19 di Negeri di Bawah Bayu itu. 

Langkah itu berkuatkuasa 25 September sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

BACA: COVID-19: 82 kes baharu, 64 di Sabah

BACA: COVID-19: 11 kes Semenanjung berasal dari Sabah, petanda tidak baik - Pakar

BACA: COVID-19: "Kami terpaksa tunggu tiga jam di KLIA" - Luahan penumpang dari Sabah