Universiti Malaya (UM) menafikan terlibat dalam penawaran kerja melalui emel menggunakan nama universiti tersebut.

Dalam kenyataan kepada media pada Selasa, Universiti Malaya berkata penipuan dengan menyalahgunakan nama universiti tersebut bertujuan merekrut ekspatriat serta mendapatkan bayaran pendahuluan untuk memperoleh permit kerja atau visa.

“Orang awam dinasihatkan berhati-hati dengan penipuan menggunakan nama Universiti Malaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab melalui emel “Employment offer letter from University of Malaya, Malaysia” yang mengaitkan penglibatan Universiti Malaya.

“Dengan ini, Universiti Malaya ingin menegaskan bahawa semua eksesais pengambilan dilakukan melalui saluran rasmi dan pihak Universiti tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga ataupun mana-mana agen untuk bertindak bagi pihak Universiti Malaya untuk sebarang eksesais pengambilan,” katanya.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Universiti Malaya.

Universiti Malaya, dalam pada itu, menegaskan sebarang pengambilan akan dihantar menggunakan alamat emel dengan [email protected] dan sebarang format lain adalah palsu.