Usaha mencari lima remaja lelaki yang masih hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai Muar berhampiran Pekan Buloh Kasap di sini semalam, memasuki hari kedua hari ini.

Ketua pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Mohd Aizat Mamat berkata mereka meneruskan usaha itu di beberapa lokasi sungai itu bagi mencari Mohd Shafiq Mohd Syukur, 16, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd Izuan Hakimi, 16, dan Mohd Nazreen Zainal, 14.

"Setakat ini tiada perkembangan baharu. Jumlah mangsa yang ditemui setakat ini tiga orang," katanya kepada Bernama hari ini.

Mereka adalah antara lapan remaja yang hilang setelah lemas di Sungai Buloh Kasap kira-kira 9.30 pagi semalam.

Petang semalam, anggota penyelamat menemui mayat Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16, Mohd Zikri Zaidi, 14, dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15.

Kesemua mereka tinggal d Taman Mewah, Buloh Kasap dan merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap.