Semua kerajaan negeri yang memiliki tanah tidak diusahakan disaran bekerjasama dengan Felcra Berhad (Felcra) untuk melaksanakan projek tanaman kelapa sawit, padi atau getah.
Pengerusi Felcra Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata setiap tahun Felcra merancang untuk memperluaskan kawasan ladang di seluruh negara namun kekurangan tanah untuk membuka ladang-ladang baharu di Semenanjung Malaysia.
"Felcra hanya bertindak sebagai agensi pelaksana, hasil serta keuntungan yang diperoleh menerusi projek terbabit akan dipulangkan kepada Kerajaan Negeri, untuk diagihkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Belia Felcra Wilayah Utara di Dataran Pejabat Pengurus Besar Felcra Wilayah Utara di sini hari ini.
Perasmian majlis yang dihadiri kira-kira 600 anak peneroka Felcra dari seluruh wilayah utara itu disempurnakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata projek ladang terbabit adalah baik, malah banyak negeri yang telah bekerjasama dengan Felcra termasuk Kedah, Terengganu, Johor dan Pahang.
"Program ini memang baik, ia dapat memastikan mereka memperoleh pendapatan tetap...contohnya jika ada tanah seluas 5 ekar, akan dapat pulangan yang baik... untung antara RM250 hingga RM1,250 sebulan.
"Sebab itu kita galakkan...bukan bermaksud Felcra akan mengambil-alih tanah terbabit sebaliknya minta mereka bekerjasama dengan Felcra...penyertaan daripada negeri ketika ini amat baik tetapi lebih baik kalau dapat ditambah, dapat mengurangkan kadar kemiskinan," katanya.
Dalam pada itu, Bung Moktar berkata keluasan ladang diusahakan Felcra adalah 260,000 hektar membabitkan tanaman kelapa sawit, getah dan padi.
Daripada jumlah itu, 25,000 hektar tanah adalah milik Felcra manakala selebihnya milik peserta, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2018
Setiap tahun Felcra merancang untuk memperluaskan kawasan ladang di seluruh negara. - Gambar fail
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Deretan binaan papan tanda 'Sabah Maju Jaya' tak ubah kehidupan rakyat - Bung Moktar
Bung Moktar mahu Hajiji melihat rakyat kini berdepan dengan pelbagai masalah termasuk isu infrastruktur membabitkan bekalan air.
UMNO Sabah perlu bekerjasama parti lain PRN akan datang - Bung Moktar
UMNO Sabah mengakui tidak akan memperoleh kemenangan secara mutlak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang untuk membentuk kerajaan negeri.
PRN Sabah mungkin menyaksikan pemilihan Parlimen Putatan - Bung Moktar
Shahelmey yang menyandang kerusi Parlimen Putatan digantung keahlian dalam UMNO pada 2023 menyebabkan beliau tidak boleh bertanding pada PRN.
UMNO-BN Sabah tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' - Bung Moktar
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengambil langkah lebih berhati-hati sebelum mengambil keputusan menjalin kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang
UMNO Sabah konsisten berkhidmat untuk rakyat - Bung Moktar
UMNO Sabah akan konsisten dengan slogannya iaitu 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat di negeri itu.
Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar
UMNO Sabah akan perkukuhkan parti di semua peringkat terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN akan datang.
Kerjasama UMNO-Warisan: Bung Moktar digesa berundur
Zulkarnain berkata, sebagai aktivis politik, beliau kecewa dengan UMNO yang mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Warisan.
UMNO Sabah, Warisan beri gambaran wujud kerjasama menuju PRN
Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, UMNO Sabah dan Parti Warisan (Warisan) dilihat bakal mewujudkan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Pengurusan kes rayuan terhadap pembebasan Bung Moktar dan Zizie Izette pada 29 Dis
Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Dis untuk pengurusan kes berhubung pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri daripada tiga pertuduhan rasuah.
Bung Moktar hadir Perhimpunan Agung Tahunan Warisan
Bung Moktar bersama barisan pimpinan UMNO Sabah tiba sekitar jam 9 pagi Khamis di Dewan Hakka Likas.