Usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) akan tetap dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat, minggu ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usul itu akan dibuat anggota Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Kerajaan juga akan mencadangkan supaya Jawatankuasa Pemilihan dibentuk untuk menterlibatkan anggota Parlimen beragama Islam dan bukan Islam.
"Ini bagi memperincikan, memperhalusi dan memurnikan sebarang unsur yang tidak jelas mengenai pemisahan kuasa pada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil," katanya.
Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dan taklimat khas berkaitan RUU itu yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen hari ini.
Sebelum ini dilaporkan, usul berkenaan dibentangkan Abdul Hadi pada 26 Mei lepas melalui peruntukan rang undang-undang persendirian yang perlu dicadangkan oleh menteri untuk dibahaskan sebelum speaker membuat ketetapan mengenainya.
Usul Abdul Hadi itu diletakkan pada nombor empat peraturan mesyuarat pada hari pertama sidang Dewan Rakyat kali ini namun tidak sempat dibentang atau dibahaskan malah kerap kali bertukar nombor giliran.
Sidang Dewan Rakyat akan berakhir Khamis ini selepas berlangsung sejak 17 Okt lalu.
RUU itu antara lain bagi meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.
Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.
Abdul Hadi pada Mei mengesahkan RUU itu bertujuan untuk memperluaskan lagi skop hukuman yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Syariah dan bukan bermaksud untuk memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.
Ahmad Zahid menjelaskan, taklimat sejam yang turut dihadiri anggota parlimen BN dan pembangkang, dibuat berikutan terdapat pelbagai tafsiran terhadap usul ahli persendirian tersebut apabila ia dibawa ke Parlimen sebelum ini.
"Undang-undang ini, pertamanya khusus untuk orang Islam dan kedua, tidak ada mana-mana peruntukan dalam mahkamah sivil akan diambil alih mahkamah syariah dengan pindaan berkenaan melainkan ia hanya untuk memperkasakan mahkamah umat Islam.
"Ketiga, dengan adanya jawatankuasa ini, semua perkara dan aspek yang menjadi kekhuatiran anggota Parlimen bukan Islam sama ada di dalam atau luar BN akan diperhalusi," katanya.
Beliau menarik perhatian, kerajaan menghormati sensitiviti masyarakat bukan Islam dan tidak ada niat untuk mempolemikkan isu berkenaan apatah lagi mahu mengeruhkan kepelbagaian agama di negara ini.
Sementara itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) ketika ditemui pemberita menyifatkan taklimat itu amat bermakna dan produktif untuk semua pihak.
"Saya rasa penting ialah pelaksanaan dari segi penerimaan untuk mahkamah syariah, tetapi itu terpulang kepada kelulusan Parlimen. Keputusan tentang kuasa-kuasa undang-undang ini akan ditentukan oleh Majlis Perundingan atau Dewan Undangan Negeri," kata Abdul Khalid.
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) pula mendakwa semua pihak pembangkang sepakat dan tidak membantah berhubung isu tersebut.
"Perbincangan harmoni itu menerima sambutan baik daripada semua, ini untuk kebaikan Islam dan patut dibuat secara berterusan," katanya.
Sementara itu, Datuk Abdullah Sani (PKR-Kuala Langat) berkata ada beberapa anggota Parlimen ketika dalam taklimat tersebut telah melontarkan idea mereka mengenai jumlah sebatan yang patut dikenakan ke atas pesalah undang-undang syariah. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 22 2016
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usul itu akan dibuat anggota Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Gambar fail
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.