UTHM galak penglibatan pelajar pasca siswazah sertai MPP

UTHM galak penglibatan pelajar pasca siswazah sertai MPP
Ahli GSA bersama Prof. Madya Dr Afandi, TNC HEPA ketika Majlis Amanat TNCHEPA di UTHM - Foto AWANI Rangers UTHM
BATU PAHAT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mahu menggalakkan penglibatan pelajar pasca siswazah untuk bersama dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti.

Timbalan Naib Canselornya, Prof. Madya Dr. Afandi Ahmad berkata, penyertaan ini bakal memberikan impak positif kepada kepimpinan pelajar di UTHM.

" Ia sebagai menghargai mahasiswa sebagai aset berharga kepada universiti.
" Dengan cara ini, perkongsian pengalaman berdasarkan ekosistem kampus yang menyeluruh amat signifikan memandangkan kehidupan sebenar selepas bergraduan jauh lebih kompleks," katanya ketika Majlis Amanat Timbalan Naib Canselor di Dewan Sultan Ibrahim UTHM pada 31 Januari lalu.

Majlis berkenaan turut dihadiri staf dan pelajar tempatan serta luar negara termasuklah kumpulan pelajar pasca siswazah.

Di samping itu, mesej berkenaan turut disambut baik ahli Persatuan Pelajar Siswazah (GSA) UTHM, Mohd Khairil Anbia.

"Pelajar pasca siswazah sememangnya memerlukan platform untuk mereka bersuara  dan berkongsi idea serta permasalahan yang dihadapi secara lebih terbuka dan kondusif.

“Kami sedang mengumpulkan persatuan pasca siswazah seluruh negara agar bersatu di bawah ‘Postgraduate Malaysia’ (PGM) yang akan bermula pada pertengahan tahun 2019 ini," katanya ketika ditemui semasa program Pimpinan Pasca Siswazah 2019 di Tanjung Labuh pada Ahad.

Setakat ini keanggotaan ahli MPP UTHM hanya membabitkan pelajar siswazah sahaja.


* Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Shamy Nazrein dan Anbia Adam dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Suntingan oleh Puan Suriayati Binti Baharom.

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

***AwaniRangers UTHM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.