Video Intim: Keluarga tidak tahu di mana Haziq berada - Shamsul Iskandar

Video Intim: Keluarga tidak tahu di mana Haziq berada - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar Mohd Akin turut mengirimkan mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada Haziq untuk bertemu dan berbincang di pejabatnya. - Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA :
Sudahlah bersedih dengan pengakuan yang dibuat di sosial media, keluarga Haziq Abdullah Abdul Aziz juga tidak tahu di mana dia itu berada.

Kesedihan keluarga lelaki yang mendakwa dirinya terlibat dalam rakaman video intim bersama seorang individu yang mirip menteri Kabinet itu dikongsi Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Haziq yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan Shamsul tidak lagi berhubungan dengan keluarganya sejak video intim dan pengakuannya mula tular beberapa hari lalu.

Menurut Shamsul, pihaknya juga telah menghubungi keluarga Haziq susulan kontroversi video intim berkenan

"Saya difahamkan keluarga tiada komunikasi dengan beliau, mereka tidak tahu Haziq berada di mana... tentu keluarga beliau sedih apa yang berlaku (dan) sebagai majikan saya minta pegawai menenangkan keadaan kerana kita semua sedia maklum family comes first," kata Shamsul dalam sidang media di pejabatnya, di sini pada Khamis.

Shamsul berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan Haziq ialah pada Selasa lalu atas urusan kerja.
 


Bagaimanapun, Shamsul menjelaskan, beliau turut mengirimkan mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada Haziq untuk bertemu dan berbincang di pejabatnya.

Namun, kata Shamsul, beliau tidak menerima sebarang maklum balas daripada pegawai kanannya itu.

Ditanya apakah kehadiran Haziq di Sandakan, Sabah pada 11 Mei lalu seperti yang didakwa lelaki itu dalam video pengakuannya atas urusan kerja, Shamsul menafikannya.

Sebaliknya, Shamsul berkata, Haziq berada di sana bukan atas tugasan kementerian memandangkan tarikh berkenaan jatuh pada hari rehat (Sabtu).

"Saya pergi Sandakan hari Rabu dan pulang hari Khamis, ketika beliau (Haziq) kata ada disana 11 Mei. Saya fikir 11 Mei hari Sabtu, hari bekerja kementerian hanya pada hari Isnin sampai Jumaat. Mungkin kerana lepas waktu pejabat," jelas beliau lagi.

Shamsul juga tidak menolak kemungkinan akan membatalkan perkhidmatan Haziq sekiranya lelaki itu tidak menjawab surat tunjuk sebab yang telah dikeluarkan.

"Kalau tidak dijawab (surat tunjuk sebab) kita akan ikut prosedur pentabiran untuk terminate (batal perkhidmatan) dia, sebab tiada jawapan kerana statusnya sebagai kontrak," kata Shamsul.

BACA: Video intim: Haziq Abdullah digantung kerja serta-merta

Tag: Haziq Aziz, Video, Intim, Lelaki, Shamsul Iskandar, Kementerian Industri Utama, Setiausaha Sulit Kanan, Gantung kerja, Surat, Tunjuk sebab, Keluarga, sedih, Tular


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.