Muhammad Haziq Abdullah Aziz, lelaki yang mengaku dirinya mengadakan hubungan songsang dengan seorang individu mirip seorang menteri Kabinet tidak akan dikenakan sebarang sekatan oleh pihak berkuasa.

Ini susulan daripada kerjasama yang diberikan oleh Haziq kepada pihak polis setakat ini.

Perkara ini disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

Bagaimanapun, kata beliau, terdapat persetujuan di antara polis dengan Haziq selepas diberi jaminan semalam.

“Pasport Haziq tidak disekat? Itu kena tanya badan siasatan. Kita dah buat persetujuan dengan dia. Dia dah bagi kerjasama, tetapi untuk pertuduhan bukan kerja kita. Hasil-hasil daripada pengumpulan bukti akan diberi kata putus oleh pihak pendakwa raya bagi tindakan lanjut, kata Mazlan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (JSJK) dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis, Datuk Seri Zakaria Ahmad serta penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada isnin.

BACA: Jabatan Forensik PDRM siasat ketulenan video


Berhubung siasatan forensik pula, Mazlan berkata, polis sedang menunggu keputusan ketika ini daripada pasukan petugas khas.

“Siasatan polis ada cabaran tertentu khususnya apabila menyiasat digital video kita sekarang berkerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) jadi tiada isu, berkenaan keputusan forensik, kita sedang menunggu,” kata beliau.