Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes video intim membabitkan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang ahli politik.

Tangkapan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman itu dibuat jam 2.30 petang tadi sekitar Pasir Gudang, Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Muhamed mengesahkan tangkapan berkenaan ketika dihubungi Astro AWANI.

BACA: Video seks: Polis perluas skop siasatan

BACA: Video intim: Haziq, lima lagi direman bantu siasatan

Mereka yang ditahan merupakan dua lelaki Melayu dan seorang lelaki India berusia antara 29 hingga 37 tahun.

Salah seorang yang ditahan dipercayai ahli politik yang mengetuai parti politik di sebuah negeri.

Polis sebelum ini menahan Haziq dan lima yang lain dalam operasi sekitar Lembah Klang.

Kesemua mereka kini direman enam hari bermula Isnin lalu.