Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Bhd Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, yang muncul sebagai pemegang saham utama T7 Global Bhd pada bulan lepas merancang menjual keseluruhan pegangannya dalam penyedia perkhidmatan lapangan minyak luar pantai itu.
Hartawan itu mendedahkan perkara tersebut hari ini dalam satu kenyataan bagi menjelaskan kedudukannya dan menyangkal sebarang dakwaan, atau sebarang salah laku, atau kronisme di pihak kerajaan dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penjelasan itu adalah untuk menepis dakwaan beberapa laporan berita dan artikel di media sosial berkaitan pembelian 21 juta saham olehnya baru-baru ini, terdiri daripada 5.04 peratus pegangan dalam T7 Global.
BACA: Mahathir tidak tahu tentang laporan penglibatan Vincent Tan dalam ECRL
"Laporan berita ini berniat jahat dan kelihatan seolah-olah mengaitkan pembelian pegangan besar dalam T7 Global itu dengan keputusan kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bercanggah dengan laporan terdahulunya.
"Saya percaya laporan berita ini dan komen-komen di media sosial bertujuan untuk memalukan saya dan kerajaan baharu di Putrajaya," kata Tan.
Menurut makluman T7 Global kepada Bursa Malaysia, Tan membeli 21 juta saham atau 5.03 peratus pegangan dalam syarikat itu menerusi urus niaga perniagaan langsung pada 15 Mei dan tambahan 1.2 juta saham dalam pasaran terbuka pada 21 Mei, meningkatkan pegangannya kepada 22.2 juta saham atau 5.29 peratus.
"Malahan, saya telahpun mula menjual beberapa saham saya dalam T7 Global setakat semalam dan saya berhasrat menjual semua saham saya dalam syarikat itu dalam masa terdekat ini. Saya berharap ia akan menamatkan sebarang kontroversi lagi mengenai isu ini," katanya.
Beliau berkata pembelian itu dibuat kerana beliau mengenali pemegang saham utama syarikat itu dan apa yang lebih penting adalah sebagai pelaburan jangka panjang dalam industri perkhidmatan minyak dan gas memandangkan T7 Global mempunyai kedudukan kukuh dalam sektor tersebut.
"Saya tidak mengetahui bahawa T7 Global adalah antara kontraktor bagi projek ECRL semasa saya membeli saham syarikat tersebut," katanya.
Tan berkata Dr Mahathir dengan tegas menafikan dakwaan bahawa kerajaan memutuskan untuk meneruskan projek ECRL kerana 'rakannya Tan Sri Vincent Tan" memegang pegangan dalam projek itu.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga menjelaskan bahawa oleh kerana RM20 bilion telahpun dibayar, kerajaan akan menanggung kos yang tinggi sekiranya membatalkan projek ECRL, sebaliknya, kontrak akan dirundingkan semula bagi mengurangkan kosnya.
"Meskipuan penjelasan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, masih lagi tersebar tuduhan yang tidak berasas dalam berita dan juga media sosial," kata Tan.
Sementara itu, beliau juga mendedahkan beberapa "berita palsu" yang termasuk laporan yang mendakwa beliau melabur dalam sebuah syarikat pemula niaga kewangan yang membangunkan platform dagangan dipanggil Bitcoin Formula, yang mempromosikan teknologi blockchain dan kripto.
Tan berkata terdapat juga artikel di laman Facebook yang mendakwa beliah menderma sebanyak RM525 juta kepada Tabung Harapan Malaysia, yang ditubuhkan untuk membolehkan rakyat Malaysia menyumbang bagi mengurangkan hutang negara.
"Langsung tidak ada sebarang kebenaran dalam mana-mana laporan ini, dan saya percaya ia disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk mempedayakan orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 26 2018
Vincent Tan rancang menjual keseluruhan pegangannya dalam T7 Global Bhd. -Gambar fail
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi
Saksi utama pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng memberitahu beliau tidak mendedahkan nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa memberi keterangan kepada SPRM.
Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi
Seorang saksi mengaku di mahkamah bahawa nama Lim Guan Eng hanya ditimbulkan selepas lebih setahun kes rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan di Shah Alam, disiasat.
Ahli Parlimen cadang kerajaan teliti impak cukai kepada rakyat
Kerajaan dicadang meneliti pelaksanaan cukai di dalam negara termasuk peningkatan kadar baharu cukai perkhidmatan yang berkemungkinan memberi kesan secara langsung kepada rakyat.
Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng
Menurut saksi, beliau tidak pernah menyatakan wang RM2 juta bertujuan diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Saksi tidak sebut nama Guan Eng dalam siasatan kes rasuah terowong dasar laut pada 2018
Seorang saksi utama pendakwaan mengakui bahawa beliau tidak pernah memberitahu SPRM pada 2018 bahawa rasuah RM2 juta ditujukan untuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
RM247 juta kos penuh projek Gurney Bay - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyangkal dakwaan bahawa Fasa 1 Gurney Bay melibatkan kos sebanyak RM247 juta.
Rasuah terowong dasar laut: Pernyataan saksi diserah kepada Guan Eng
Mahkamah Sesyen membenarkan sebahagian dokumen pernyataan saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut diserahkan kepada pembelaan Guan Eng.
Guna air simpanan untuk minum dan masak, air tangki tidak sesuai - Guan Eng
Orang ramai perlu mengambil maklum mengenai air yang disediakan di tangki simpanan tetap tidak sesuai untuk tujuan minuman dan memasak.
Guan Eng cadang peruntukan semua ADUN k'jaan dinaik kepada RM800,000 setahun
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Lim Guan Eng memohon kepada kerajaan supaya peruntukan RM500,000 setahun untuk kesemua ADUN kerajaan ditambah kepada RM800,000, sama seperti di Selangor.
PDC tidak beri tanah kepada swasta untuk dibangunkan - Chow
Bank tanah perindustrian PDC terletak di lokasi strategik dan dapat dipasarkan kepada pelabur kategori industri digalakkan.